Assalamualaikum Ramadhan! (Entry Ramadhan)


::Assalamualaikum!:: ! SALAM RAMADHAN !

Bismillahirrahmanirrahim ... Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang ...

Hai Semuaa :D Sihat tidak ? Today puasa tidak ? Tak puasa ? Aiyokkk ! Najla tak tahu korang ni puasa idok . Tapi ____ Hanya ALLAH yang tahu :)

Harini (29/7/2012) , Najla nak buat entry pasal puasa! Yoshh! Jom2 kita membaca :D
Pejam celik pejam mata , tiba2 datang Ramadhan. Sekarang ni dah 9 ramadhan! Ada yang suka, ada yang sedih sebab tak dapat makan pagi sampai petang, Ada yang ngada2 tidak mahu puasa, Ada budak kecil yang mahu berazam puasa penuh & Ada juga yang mahu mengajar anak2 mereka berpuasa .. Sesungguhnya, kita memang wajib berpuasa . Sudah lamanya tertulis dalam Al-Quran :) Malah, di dalam Rukun Islam pun sudah dicatat.. Bila semua umat islam dah tahu keesokan harinya berpuasa , mulalahh mereka update status di Wall Facebook . (atau di dalam hati mereka. haha) Antaranya :


  1. "Hooray! Esok puasa! Puasa jangan tak puasa! Gembiranyaa aku!!"
  2. "Hahahahaha! Korang tahu tidak? Ada budak ni, dia tidak mahu puasa! Dah besar gedebak pun tak reti puasa ke? Haha!
  3. "Hermm.. Aku tengah sedih tau sebab esok puasa! Aku nak terus raya je! :( "
  4. "Oh tidak! Oh tidak! Terkejut betul aku esok puasa! Biar betul? Takutnya aku! Sebab nanti perut aku ada gastric sebab tak makan pagi & petang! Habislah -.-"
  5. "Masa puasa ini, aku nak curi kambing Pak Abu! Aku nak masak sendiri buat berbuka! Baru sedap!"
  6. "Ish! Aku dah tak boleh tahan dah ni! Bibir kering...Tekak pun kering! Aish~ Kering aku camni!
  7. "Ish, boring lah puasa2 ni .. :/ Nak main penat sangat! Nak buat kerja rasa malas pulak! Err.."
  8. "Hari ini aku nak makan banyak2 sebab esok dah start puasa!"
  9. "Hafal doa berbuka puasa & niat puasa tau! Kalau siapa yang tak hafal, aku bagi hadiah pelempang yang dah bertahun tak guna!"
Err .. dah baca ? Macam2 manusia ada . Ada yang mengaku nak buat jahat pada bulan yang mulia pun ada -.- Meh2 , Najla jawabkan naaa ... kalau nak tahu jawapan dia tengok nombor ya! contoh : (1)

(1) Okey :) memang ada sesetengah orang, dia happy sangat tahap gaban. Sebab ?? Sebab dia mahu merebut peluang yang ada . hehe .(terus terang betul) Yelah, dah tiba waktu bulan Ramadhan iaitu bulan yang mulia bagi umat islam , mestilah buat benda yg bebaik. Pasal tu diorang nak taubat. haha . Membaca Al-Quran, solat 5 waktu, Solat tarawih & amalan2 mulia yg lain lagi :) tu najla just bagi contoh je.. TAPI__Jangan bulan mulia ni je yg dh taubat! Pastu, dia pegi balik perangai yg dahulu -,- Apa kejadahnya gitu .. Ingat , Kita puasa kerana ALLAH. Bukan kerana pahala.. Ingat yerr :D Tapi, memanglah kita buat benda2 yang mulia untuk mendapat pahala :) Tahukah korang? Kalau kita membaca Al-Quran di bulan yg mulia ini, sekali huruf kita sebut, 100 Pahala Tuhan memberi kepada kita , Masha'Allah ! Hehehe~ Najla rasa, korang dah tahu :) Hanya re-post balik je.. 

(2) Okey, tumpang lalu, Ustazah Najihah mahu lalu~ Ecehh :P Ustazah konon! Ok, yg ni pun sesetengah orang ada juga, mahu ketawakan orang tidak tengok masa >:O Astasgfirullahala'zim .. Mengejek kawan itu korang pun sudah tahu dari asal kan? Perkara yang tidak baik juga! Dah lah ketawa berdekah-dekah.. Inikan pula, di bulan Ramadhan.. Ada sebab kenapa kita tidak boleh berpuasa. Lain kali, siasat dahulu kenapa dia tidak boleh berpuasa. Memang banyak halangan dan dugaan di bulan Ramadhan ini.. Jadi, sebelum ketawakan orang, kita check dahulu ya? Senang je, check macam check notification kat facebook -.-
Ada siapa2 di sini pernah kena? Tidak apa :) Kita tak perlu mengutuknya, tidak payah susah2 hack facebook dia, tidak payah mengadu kat ibu bapa korang ataupun kat facebook . TETAPI mengadulah kepada Allah . Kita sama2 doakan dia .. Ok? 

(3) Yang ini pasai pa? Awat hang benci sangat kat Ramadhan? Hehe! Jangan risau, saya orang johor.. Saje je test cakap bahasa itu. ok! yang ini pun ada sahaja. Biasalah, manusia ini ibaratnya seperti karipap. Luarnya hampir sama tetapi intinya berbeza-beza :) Ada yang suka, ada yang tidak suka. Ada yang tidak setuju, ada yang setuju.. Bulan Ramadhan ini pun adalah satu ujian bagi manusia.. Buat apa kita mahu melanggar perintah Allah? Sepatutnya, kita harus bersyukur kerana kita duduk di tempat yang selesa.. kita dapat rezeki yang cukup! Bukan sekadar 'cukup' sahaja.. Malah, kita sudah mendapat 'berlebihan' daripadanya .. Cuba bayangkan orang lain di luar sana.. Duduk di tempat pedalaman , tiada makanan, tiada air yang cukup. :( Jumpa kain di tepi jalan, mereka kutip. Jumpa makanan di lantai, mereka kutip. Jumpa kayu, mereka kutip. TETAPI , hati mereka kuat! Hati mereka tabah! Sabar, sabar & sabar :) Itulah perkataan yang selalu disebut didalam hati mereka! Jadi, orang yang hate sangat dengan bulan puasa ini, janganlah terlalu seperti hidup senang. Janganlah mahu memikirkan pasal raya sahaja .. Padahal, Ramadhan itu LEBIH lagi daripada ALDILFITRI . 

(4) Haa? sangat bagus alasan itu! Berikan tepukan yang tidak gemuruh langsung kepada orang itu! Haha =.=' 
Takut? Takut apa? Takut mati sebab tak makan? err.. Selama ni memang tidak pernah dengar pun alasan itu bila tiba bulan ramadhan. Yang peliknya, bulan ramadhan je dia cakap gitu.. yang hari lain? Tidak pun.. Macam2 alasan yek diorang nak bagi.. Tetapi ingat! Tiada apa2 lagi alasan yang kukuh untuk tidak berpuasa bagi umat islam. Jangan jadikan sesuatu itu alasan! 

(5) Eh? Dah tahu bulan puasa ini bulan yang perlu kita memperbaiki diri, membuat baik .. Tetapi ada juga yang masih tidak serik2 membuat jahat.. WALAUPUN syaitan & iblis sudah diikat tangannya di sana.. Tiada siapa yang menghasut tetapi diri nafsu mereka :/ Tahukah korang? Pada bulan yang mulia ni, pintu syurga dibuka seluas-luasnya manakala pintu neraka ditutup rapat2 nya? Jadi, ingatlah semuaa .. Kita lahirkan ke dunia ini bukannya mahu bersenang-senangan.. Allah meletakkan kita di dunia kerana itu adalah satu UJIAN.. Dan diakhirat nanti, Tuhan memberi balik hadiah kepada kita iaitu SYURGA atau NERAKA . Pilihlah yang mana mahu .. Jika mahu SYURGA, ikutilah perintah ALLAH :) Jika mahu NERAKA, ikutilah perangai syaitan laknatullah! >:O Tetapi, Ingat juga ya semua .. Kita mengikut perintah tuhan kerana ALLAH.. Bukan kerana SYURGA :)

(6) Aik? Ini lagi satu :) Perkara ini banyak berlaku.. Dengan tidak tahan nafsunya, dia menjadi tidak SABAR. Tidak sabar , TIDAK sabar & akhirnya .. Akhirnya permintaan nafsunya tercapai jua =.= Apa yang dia mahu, itu tidak penting .. Korang pun sudah tahu kan apa yang dia nak? Lehh, bulan ramadhan ni, biasalahh .. Dia nak makan! Apalah manusia ini .. Kan sudah banyak kali mendengar ayat ini tetapi masih tidak taubat =.= Ayat dia gini haa --> Sabar itu adalah separuh daripada iman <-- Agak2 nya, diorang tak penah dengar ae? Err.. Tak malu :P Budak kecik2 pun pandai puasa ! Apatah lagi sekarang bulan Ramadhan yang dimana semua umat islam harus bersabar :)

(7) Malas? Penat? Nak tidurr je? Haiyaa! Ini apa manusia ? Manusia ini, Tuhan memberi kita akal untuk berfikir.. Bukannya untuk menjadi bengap. So, bernafas dahuluu.. Fikir & fikir .. "Apa yang aku nak buat masa bulan ramadhan ini? Nak tunggu duduk je sampai berbuka tak guna jugak! Nak tidur je, nanti lagi penat! Haa, apa kata aku baca Al-Quran! Lagi banyak faedahnya daripada terus tidur sahaja! Lepas baca Al-Quran, aku nak hafal satu juzuk pulak!" Hehe.. ok tak diolag yang Najla cipta?
Lebih baik buat perkara yang faedah sikit ^_^ Kalau yang sibuk bekerja tu, Ramadhan je dia free, nak tidur, tidurlah :) Kang tak pasal2 sakit tenat sebab penat XD Haha.. Tolong ibu membuat makanan untuk berbuka pun boleh!

(8) Err -.- ini lagi satu .. Dulu2 lha banyak yg jadi .. Sekarang pun sama jugak tapi budak2 jelahh .. Budak2 yg baru belajar berpuasa :) Bila cakap ngan kawan2 je cmni, "Esok puasa! Hari ini, aku nak makan banyak2! Sebab, masa puasa nanti, takdelah aku nak rasa lapar!"
Haha , kan? see? Korang mesti penah kata camni dulu2 kan? And termasuklah Najla jugak  . haha . Kelakar je~ Tapi kalau kita makan banyak2 makanan satu lori pun, tetap takkan kenyang sampai esok :) Yang hanya sampai esoknya adalah COKLAT CAIR . Haha ^^' pandai2 lha faham apa benda maksud tu .. Seksanya duduk terperap dalam tandas selama berjam-jam . Orang dah tidur , dia "erkkkgg" dalam tandas . xD Huhu..
So, ingatkanlah adik2 korang & diri sendiri juga -.-

(9) Haa? Korang dah hafal niat puasa & doa berbuka? Kalau belum, ni haa .. pegi rumah Najla, n then Najla bagi hadiah :D Hadiah pelempang yang dari lahir lagi belum guna . -.- Hehe .. just kidding guys! kadang2 Najla pun baru nak hafal .. Dulu bukan kemain masa bulan ramadhan thn lepas, Dia yg baca dulu doa berbuka & niat puasa .. Bila dh sampai bulan ramadhan, baru nak hafal cam saya.. xD Nasiblah sudah hafal!
Ini pun ramai yg berlaku kat semua orang! Asyik teringat mahu makan sodap2 inikan pula niat tak hafal -.- So, siapa yg belum hafal, jum hafal sama2 Najla yer ! ^_^



Eh! Kejap2 , takkan nak belah camtu je? Ni haa, adik Mia Sara kita nak ucapkan sesuatu!

Alolo~ Comey :3 Korang dah tahu kan? Adik Mia Sara kita ni , dia nak berazam puasa penuh tahun ni! (2012) Kita doakan dia berjaya ok? Bye semua! SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA!
P/S : Masa Najla update post ini, ternampakk pemadam bentuk cake .. Rasa nak makan pun ada!

Comments