1 Syawal , Najla pakai Shawl :O

::Assalamualaikum!:: ! SALAM Syawal !

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... 

Assalamualaikum wahai saudara serta saudari :) Kan najla dh cakap, Najla nak tulis entry pasal Hari Raya kan? Hermm.. Bermulalahh ceritanya di sini.. Maaf sebab lambat update.. malas sikit saya ni.. dah habis seminggu cuti raya baru nk hudpate. =.=t

Malam Raya :
Pagi2 bangun sahur, Pukul 8 teruss pergi Mydin Melaka.. Ibu kata nak beli barang..
Memang masa tu, Masya'Allah.. (belum kemas rumah TT.TT) Memang rancang nk kemas rumah untuk hari yg terakhirr..  Haha. bestt kan? erkk.

Balik rumah, start kemas tu kemas ni.. kemas sana.. Nak fadeup pun hade. haiii.. Sebelum ramadhan yg terakhir, kitaorang punn ada kemas2 rumahh kasi licin -_- Takpe, Najla suka kemas.. Ecehh.. hehe.. Hari2 asyik kemas rumah. Best sangat :D Haha..  (Tangan ke dada, mata ke atas, jelir lidah) huhu..

Yang palingg penat sekali, PASANG LANGSIR.. Astagfirullahal'azim .. jgn cakap lhaa. :') Drpd tengah hari, sampai malam & sampai pagi2 masa korang tidurr tu.. kitaorang asyikk pasang tu je.. Ada je halangan berlaku di malam raya. Ujian kesabaran.. Memang tak sangka .. sampai pukul 3:30 baru ayah Najla tidur.. Pukul 2:30, ibu Najla tidur dan Najla tidurr yg paling awal sekali, Pukul 1:00 pagi. hikhok. Pemalas kan saya? Ngantukk lah -^- Tolong tu.. ada tolong jugakk. Pastu, Najla terjaga pukul 5:30 pagi.. Masa tu, Najla tidurr kat sofa je.. kat ruang tamu lak tu...   Pastu, siap2 untuk hari raya, Ibu Najla masak laksa johor tau :) sedappp sangat! kesian kitaorang.. Penat2di malam raya..  -.- hehe.  Ada yg gi Uptown melaka ke? Tahniah! hikhokk..

Anyway,, memang kelangkabut sedikit lha pagi raya tuhh ,, tak cukup tidurr.. itulah jadinyaa.. korang tahu2 jelah.. macam korang nak gi sekolah,, malam tu mesti tidur awal kan? kalau tak tidur awal apa jadinyaa? haha,, Tapi dapat juga sambut hari raya.. meriah pun ada juga tapi tak lah semeriah macam 2 tahun yg lepas :') MERIAH gilalah nak cakap.. Teringat masa tu..  Tapi, lepas dh siap2 tu, ayah nak sembahyang kat masjid kat kampung bekoh.. jadi terus pergi ke kampung..

Oh tidak, Oh tidak!! Habiss lhaa.. Nak buat apa ni??
(CERITA SEBELUM BERAYA)
Kan Najla cakap sebelum kemas rumah, Najla pergi mydin dulu kan? Banyak gila nak beli kat situ..
Yg pertama sekali berada di dalam fikiran Najla ialahh.............(drum roll)
! TUDUNG :O !

Oh my Kakak! -_- memang najla tak cari tudung lagi,, Najla nak cari warna BIRU TERQuOISE!
Susah la nak carik baju yg sama cam Najla.. Memang lha banyak kat situ tapi still tak jumpa untuk tema keluarga..Kebanyakkannya hanya ada WARNA biru yg sesuai ialah tudung............
                      ...S.H.A.W.L... (bisikan menyeramkan)
Ahhhhhhh!! Ya Allah.. Najla tak percaya betul! Asyik2 dapat shawl tu.. geram. grr..
Korang pun tahu kan Najla tak suka pakai shawl.. ? Sebab nanti nampak huduh . 

Ahh!! Nak taknak kena jugakk. nak tudung warna lain tak boleh..  akak cakap nnti tak kena dengan theme.
Dia cakap "Eishh, Takpe! Akak kan pakar shawl.. Nanti akak lilit-lilitkan.."
Erkk. pakar lah sangat..  Tapi memang dah ketentuan Allah kan? Nak buat macam mana lagi :) Follow jelah,,
Itu yg kat kampung tu,, baru nak lilit-lilitkan.. Tapi akak kata pashmina ni memang panas sikit so sabar jelah..
Masa tu akak lilitkan macam apa entah.. macam nak jadi pocong punn hade.. cam ni haa :


kah2.. mula2 bahagian atas okeyy. tapi bila saat final, jadi pembungkuss... XD
Hikhok... Tapi, tiba2 ada seorang PAKAR LILIT yg memang sangat terer..
Dia dekat, dekat & sampai kat Najla.. dia buka pin tu.. pin ni & lilit2 sehabis mungkin :D
Dah siap, tiba2 datang pulak PAKAR SHAWL & LILIT yg memang sangat hebat :D
Lilit2,, ikut style tu ikut style ni..:O Nilah hasilnya,


Haha.. ok tak? Shawlnya cantikk. Tapi muka Najla tak kena kan?? Wekk :P 

 haa, yg ni fesyen ketiga.. tadi fesyen kedua.. Wakaka :P
Tengok yg sebelah Najla tudung pink tu? Dia lha yg lilitkan sedikit tu.. comel?
Dia memang comel ^^ Mengalahkan Agnes Monica woo :O

Ini adalah photoshot yg kedua! Hehe,, budak tudung baju biru tu perasan comel . 

Masa ni, kat kampung.. Baru lepas balik daripada tanah kubur untuk menziarah kubur arwah atuk, nenek & mak long..  Lepass tu nak pergi raya rumah Najla! ^O^t 

Lepas makan2 kuih kat rumah Najla, amek gambar pulakkk.. Bersama keluarga bekoh, belah ayah..
Ni semua gambar anak2 buah dan makcik.. :D Cari sendiri mana satu Najla! Jangan tersalah org sudah!
P/S : nampak kain langsir tu? Grr,, smpai sekarang geram dengan benda tuh,, Betul2 susah nak pasang sebelum raya tuu..

Lepas diorang beraya kat rumah Najla, Keluarga Najla akan beraya pulak di Ayer Hitam, kampung family belah ibu..  Tapi sampai malam.. So, nak buat salam2, pada hari raya kedua..

HARI RAYA KEDUA


My lovely father and mother


Haa, ni ialah dua sepupu Najla yg comel :)
Kecik lagi ni,, Yg baju kelabu namanya Nur Faiqah Hannani. Panggil Iqah je..
Yg baju hijau pulak Nurin Batrisyia. Panggil Uyin je.. hehe.. Comel tak? 

Nenek & atuk Ayer Hitam tersayang :) 
##Baju pink tu saya :) Tengah salam ayah.. Masatu, Theme bebas.. So, boleh pakai baju apa2 je,,

 
Ini gambar keluarga belah ibu,, 
Nak perkenalkan ke?
Atas sekali drpd kiri, My dad Azman,My mother Yuhana, Cik Faizi, Faiqah si comel, Cik Apit, Cik Fuad, Cik Noni.. 
Daripada bawah (duduk atas kusyen) ke kanan, Yasmin, Najla (Saya), Atuk Shaffi, Nenek Amenah, Syasya, Aliah Afiqah, & Cik Aida.. 
Paling Bawah sekali dri kiri, Uyin, Iman & abang Izaan.. 
Tu belum masuk gambar kakak Najla yg pertama tu.. Cantik! hehe..

Ni gaya bebas!
Faiqah Hannani ! Comel kn? Like a little princess :) 
Natural beauty! 



Ruangan sesi bergambar.. Dah siap dah.. Aku ada, kau hade?? hikhok..

Nenek dan atuk :D



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ok.. itu saja untuk hari ini.. kat kampung belah ayah sikit sebab belum upload kat laptop najla ni.. Gambar tu ada kat laptop ibu Najla.. Nanti bila2 masa, Najla upload..  Bye :) Wassalam..

Comments

  1. hehe..comel je,tp jgn ikut cm lilitan pocong 2 ek

    ReplyDelete
  2. Salam Aidilfitri! Buat para blogger di luar sana!! Jom join contest ini! 3 pemenang bertuah akan mendapat duit raya EDISI TERHAD sampul wajah saya!!;) Klik http://www.aimisyahirah.com/2012/08/contest-nak-duit-raya-cik-misya.html untuk maklumat lanjut.

    ReplyDelete

Post a Comment

لسّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sila komen dengan baik kerana Allah sayang orang yang baik :)