Aidilfitri akan tiba #Entry nak dah raya

Assalamualaikum|Nak dah raya :D      
Bismillahirrahmanirrahim..
 Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..

Sebelum tuu, klik sini --> SINI => 

Ya Allah,
Kau kuatkanla hatiku..
Kau kuatkanlah badanku..
Kau cerdaskanlah mindaku...
Kau sihatkanlah aku...
Kau jauhilah aku & keluarga daripada berlaku2 benda yang tidak diingini..
Kau selamatkanlah aku & juga keluarga dari bencana2 yng tidak diingini..
Kau tempatkanlah aku & keluarga ditempat orang2 yang beriman..
Kau makbulkanlah doa2 ini YA ALLAH..


Hai semua :) Budak pink kembali lagi.. Yolahh, bila nak dekat2 raya, bulan yang semua umat islam Bergembira, Bersedih, Bermaaf-maafan, ber'duit'2 raya, & Macam2 lagi.. Mana semua orang nak tinggalkan blog dia untuk ceritakan pasal HARIraya.. ^_^ Termasuk Najla jugaa.. & Entry ini ialah entry nak dekat raya.. So, bila dh raya nnti, Najla akan update meng'update' bila saya perlu =.= Kalau rajin, Najla akan setiap hari update pasal raya pertama, raya kedua, raya ketiga, raya keempat, raya kelima dan seterusnya.. Takdelah sampai sebulan =.= Mungkin Najla akan buat entry pasal :

RAYA KEDUA
RAYA KETIGA
RAYA KEEMPAT
RAYA KELIMA
Dan paling penting...
RAYA PERTAMA (mestilahhh :P)
Marhaban di rumah Najla
RAYA dengan KENGKAWAN
Opkos ok? Yang raya pertama & kedua tu mesti opkos gak :P Yang lain tu.. Najla rasa.. MUNGKINlah.. kalau takde ceciter, najla cancel je.. 

TAPI, Bila sebut je pasal RAYA ni,, mesti korang tengah siap2 nak cantikkan rumah,, Pasang tu.. langsir lhaa. perabot baru lah.. Kuih raya.. & macam2 lagi,, Sama cam Najla.. Tapi bukanlah nak bermegah2 sangat.. simple2 je.. Korang?? Ceciter ceciter.. Baju raya? mesti ada kan? BAJU RAYA najla warna rerainbow rainbow =.= haha. Sorry.. najla tak leh bagitahu lhaa. Yang dah tahu SENYAP :PNanti k? Nanti Najla takut, cousin Najla & kawan nampak najla tulis warna ni, susah kang :P Tak lagi nak secret2 nyerr.. Mesti lah suprise kan?? Memang kitaorang setiap tahun giteww..  balik kampung, ada yg wrna pink, warna oren , warna taik lembu.. haha. yg warna taik lembu tu Najla XD baju raya tahun lepass. tapi takdelah nampak cam tahikk lembu =,= Warna hijau plus coklat giteww uollss.. hehe :P

"Ayah, Najla nak minta maaf kalau Najla ada wat salah silap & sakitkan hati ayah.. & Najla nak ucapkan Selamat hari raya maaf zahir & batin.."

"Aik, ayat cam sama jeww.. diorang ni.."

Haha. ni yang Najla nak citer kat korang ni.. Masa nak bersalam-salaman ni.. mesti korang pikiaq nak buat ayat yang paaaaaaaaaaliiiingggggggggg terbaik kan?? Lew, alah.. nak dapat duit raya mesti ade ayat yg terbaik lagi menawan & buat hati ibu ayah kita tertawan kenn? 
Selalunyaa terjadi kat kampung bekoh Najla.. bila yang tua mulakan & muda nanti dahulu, time tu lah kitaorang berbincang & testing untukk ucapan yg paaaaliiinggg terbaik . tak gituu? Kadang2 masa berbincang tu.. kitaorang bebudak ni sepakat nak guna ayat yg sama.. Najla bagi contoh k?


AYAT BAGUS
  1. Ibu, Najla nak minta maaf kalau ada buat salah & silap . Ibu maafkan Najla ya?
  2. Ibu, Najla nak minta maaf kalau ada buat salah & silap & Najla nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin..
  3. Ibu, Najla nak minta maaf kalau ada buat salah & silap..
  4. Ibu, Najla nak minta maaf kalau ada buat salah & silap.. Najla janji takkan bergaduh ngan akak, takkan buat ibu sedih, takkan lagi tinggalkan suruhan ibu & akan tolong ibu kemas rumah selama 2bulan..hehe
  5. Ibu, Najla nak minta maaf kalau ada buat salah & silap .. Maafkan Najla ibu.. Najla rasa bersalah kat ibu.. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN JUGA BATIN ;) Najla sayang ibu.. Opss.. terkeluar kan air mata pulakk. 
  6. Ibu, Najla nak minta maaf kalau ada buat salah & silap. Terima kasih sebab menjaga Najla dengan baik.. Terima kasih sebab belikan sesuatu yang Najla mahu walaupun ibu tak mampu.. Terima kasih atas segalanya.. Tahun depan Najla UPSR.. Doakan Najla buat yang terbaik untuk ibu dan ayah.. Najla nak minta maaf kat ibu lagi sekali kalau ada sakitkan hati ibu, taknak dengar cakap :')
AYAT PENDEK SANGAT =.=

  1. Ibu, Najla nak minta maaf .
  2. Ibu, Najla minta maaf sangat .
  3. Minta maaf.
  4. Maafkan Najla..
Haha. ok tak ayat najla? Mesti korang bagi C- . Dah agakk =,= tanak kawan :P Kalau bagi duit raya RM50 tanak kawan jugak :P Bgi IPAD Baru boleh :P Ada berani?? haha. kidding =.= harap takde sapa amek hati :O Kalau ada, dah alang2 amik hati korang.. Derma kat orang yang memerlukan hati.. Dekat hospital ok? hehe..  AYAT pendek tu selalunya kita dh blank.. tak tau cakap apa.. cakap je benda2 camtu. dapat gak duit raya.. kan? XD Haha. tapi macam tak beradab plus tak adil.. Orang lain penat2 menghafal 100 patah perkataan untuk ucapan, dia pendek je.. Kalau budak kecil ok lagi.. Orang besar punn ada hape? DULU, Orang dulu2 memang buat ayat panjang.. tak buat ayat pependek. Zaman sekarang dh berubah.. So, itu pun mungkin bagi diorang kena ubah =,= Malas lha nak cakap pasal ni..

SEMOGA TAHUN ini menjadi Aidilfitri yg penuh bermakna bagi Najla.. TAPI, Ada satu yang akan membuatkan Najla & keluarga yg lain menangis2 berlinangan air mata.. Semasa kitaorang bersalam, mesti akan teringat arwah atuk & nenek di Bekoh.. Oh ya.. Najla tak citerr lagi kat korangg.. Dah 7 hari, Arwah Atuk meniggalkan dunia.. dan keluarga.. Tahap kesedihan memang paling tinggi.. air mata berlinangan jatuh ke baju & lantai.. Sebelum pukul 5 pagi, pada hari khamis.. minggu lepas.. Atuk dah pun meninggal dunia..   Memang sebelum tu ada petunjuk sebelum atuk tinggalkan kitaorang semuaa.
Pukul 1:00 pagi di Kampung Dok Bekoh, Tangkak.. memangg malam tu atuk dah tak boleh nak cakap.. lidah atuk dah pendek.. memang atuk sakit tapi hanya demam biasa.. Sebelum diorang yg lain masuk tidur, Sepupu (Kak Ila). Kak Ila ada jenguk atuk kat katil..  Masa tu,, atuk macam nak sampaikan sesuatu kat diorang.. Atuk nak cakap tapi tak boleh.. suara atuk tak dengar.. Atuk macam panggil semua.. Tiba2 atuk mengeluarkan air mata.. memang masa tu.. Allah beri diorang jumpa atuk.. :'(

Tangkak, Pukul 4 lebih pagi.. Mak Najla nak bangun untuk masak sahur.. Tiba2 , acik telefon.. Masa tu, ayah Najla terperanjat sebab masa diorang telefon.. diorang jerit2 nak nangiss. Masa tu, Najla terperanjat sebab ayah macam tinggikan suara .. Najla bagun2 mata Najla terbeliak besar! Najla macam tahu je apa yg dh jadi.. Teruss Najla menangis.. Pastu, ayah nak balik kampung nak tengok cam mana keadaan atuk.. kitaorang sempat sahur kejap.. Pastu, terus sampai kampung.. Bila dah sampai, Diorang kat sana dh pakai baju kurung & kemass.. Arwah atuk dah ditutupi kain2.. Memang masa tu Najla belum nangis lagi. Najla cuma terkejut sangat! Mata najla tak berkelip2 .. Tak lama tu, ibu dan ayah menjalankan tugas unntuk menelefon keluarga2 belah ibu.. Termasuk akak najla, AYU ATIYAH yang sedang sambung belajar di Universiti Tenaga Nasional Berhad (UNITEN), Muadzam Shah.. kalau ada rezeki, akak balik lha.. Lepastu ada orang surau dh jenguk2.. baca yasin.. Al-fatihahkan Arwah atuk.. Dah pagi sikit, pukul 10 Pagi, Najla duduk termenung ngan kakak najla serta kak ila.. Masa tu, memang nangis kat situ je.. Tak cakap tak buat apa benda. cuma dalam hati.. hanya kesedihan yg melanda.. Tiba2 kak ila bersuara "Sebelum ni, arwah atuk kata nak baju raya warna kelabu.. Tapi, dah tak sempat pakai.." . Masa tu, memang ayat tu menyentuh hati Najla.. Najla teruss menangis , menangis & menangis. Tapi, nak buat apa lagi.. Allah dah tentukan siapa yg mati & hidup.. Dunia ni memang sementara sahaja.. BUKAN selamanya.. sebelum zuhur, pak lang dh sampai.. Masa tu, anak paklang & Najla duduk kat satu tempat. Kitaorang tak cakap. tak bercerita.. & ada yg tertidur kerana menangis menahan kepedihan hati.. Masa tu, diorang dh mandikan jenazah atuk.. tinggal mahu sembahyangkan jenazah.. Lepastu, ayah panggil kitaorang & keluarga untuk cium arwah atuk.  Masa tu, memang kali terakhir tengok wajah atuk.. Lepass  najla cium pipi arwah atuk, Masya'Allah.. sejuk betul mayat atuk.. Lepas tu, Najla lagi sekali mahu mengubat kesedihan.. Menangis & Redha dengan ketentuan Allah. Lepastu pergi masjid baru nak sembahyangkan arwah atuk . Ayah kata, "Sebelum ni, atuk ada hajat nak solat kat Masjid baru." . Masatu, najla pun bersyukurr kepada Tuhan sebab arwah atuk dapat juga ke sana.. 
Lepastu, akan pergi ke kubur dekat2 ngan kampung pemanis bekoh.. Tapi yang najla kesian, kat kakak najla, AYU ATIYAH.. Sebelum kitaorang pergi cium pipi atuk, kak ila ada tepon akak.. Masatu, Akak nangis2 dalam bas sebab takut tak sempat.. Bas tu baru bergerak drpd Muadzam.. Secara jujurnya, memang akak dah lama tak balik kampung bertemu atuk.. Itu yang memang akak lebih terkejut daripada kitaorang..
Selepas sesudah doa, al-fatihah imam bacakan, mulalah menyiram air & menabur bunga di atas pusara..  Kesedihan masih melanda diri tetapi hati mesti tabah walaupun apa2 yg berlaku! Pukul 3 petang baru tamat pengebumian arwah atuk.. Masatu, baru akak dah sampai sagil.. So, kitaorang kena ambil akak ..
Ibu kata, takpe.. dah takde rezeki akak bertemu dengan arwah atuk.. Tapi,, boleh ziarah atuk di kubur nanti..
3 Hari berlangsungnya di kampung..  Bila teringatkan arwah atuk & nenek, memang sedih tu ada datang.. Jadi, faham2 lha. Najla pun ada nangis juga masa sedang update entry ini :') Apa2 pun, Al-fatihah kepada arwah atuk Najla.. Semoga rohnya dicucuri rahmat & diantara orang2 yang beriman.. Amin...Semoga, Aidilfitri tahun ini juga akan menjadi satu kenangan yang sedih, pahit, & gembira.. Insya'Allah. Wassalam.. Bye!

Comments

  1. Panjangnya ucapan . hehee . Selamat hari raya najla :)

    ReplyDelete
  2. cmt hari raya aidilfitri maaf zahir batin

    ReplyDelete

Post a Comment

لسّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sila komen dengan baik kerana Allah sayang orang yang baik :)