Barang yang famous di zaman sekolah.

لسّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Hai hai hai, Najla tulis entry lagi..

Hai :) Tadi Najla tak pergi tuisyen tau.. Sebab lepas azan subuh tu Najla terjaga. Tetiba baru perasan sakit perut.. Dan dan dan.. Najla baru teringat semalam Najla minum susu kotak bnyak sangat. :p JADI korang-korang semua ini janganlah minum susu banyak sangat sebab, bak kata pepatah ibu najla, SUSU INI KADANG2 TIADA PENGHADAMAN. Boleh sakit perut dibuatnyaa. Kalah air gas! (tu kalau minum 10 kotak dlm satu masa) hehe. Jadi kan, Najla saja2 lah jalan-jalan dengan Encik Google tadi.. Maklumlah, buat masa ni semua keluarga belum boleh cuti lagi.. Abang SPM, Akak ada periksa darjah khas, akak ayu pulak tak dapat nak cuti lagi.. Kadang2 ayah ada kerja, Ibu pulak memang dah bebas lepas bertugas untuk check kedatangan murid2 SPM. Alah, kerjanya macam ni, bila ada budak tak hadir ke apa ke, calling2 keluarga budak tu.. Kalau tak angkat call, singgah rumah dia.. Kalau tak jumpa juga... agaknya dia dah pindah :p haha. =,= mengarutt. Najla pulak ada tuisyen 2 minggu.  Jadi memang belum keluar pergi jalan2 pun. Duduk rumah kopek bawang, update blog, fb, twitter, formspring dan tuisyen. Erk. Jadi masa Najla jenjalan ngan google, tiba2 kan Najla tertulis 'jam icewatch' .  Lepastu, adalah idea pasal nak update blog.

BARANG YANG FAMOUS a.k.a POPULAR di sekolah ini memang kadang2 terjadi satu fenomena yang berjangkit-jangkit tau? Najla pun tak faham. Mungkin ini disebabkan faktor2 seperti ini?

1. PENGARUH KAWAN


Ok. apa sebab kita pengaruh kawan? Mesti ramai jawab 'PERANGAI' . Ya! memang sudah terbukti pun. Perangai tu macam mula2 budak ni baik sangat. Tapi bila dia berjumpa dengan kawan yang macam tah apa2, DAN DIA MULA BERKAWAN dengan orang tu, MESTI PERANGAI dia berubah. Tapi itu memang terus terang Najla cakap, itu sangat berbahaya bagi seorang budak yang senang terpengaruh. Tapi ada budak yang tak senang terpengaruh. Ataupun cepat2 dia jauhkan diri ataupun dia boleh bertahan. TAPI maaflah Najla bukan nak cakap pasal ini. Najla nak cakap pasal benda yang sama tapi bukan perangai. Tapi tentang pengaruh fesyen. Macam tak sesuai kan tajuk tu? Mungkin pengaruh kelakuan? Hampir tepat! Maksudnya, Bila dia nampak kawan dia pakai tu, dia pun nak beli sebab nak pakailah.. Minta kat ibu bapa. Menyusahkan orang. Dan sama macam Najla dan korang jugak :p Nak tu jugak! Tak kira! Tak kira! hehe. 

2. BARANG PALING HANGAT buat dia menunjuk-nunjuk

Contoh perbualan antara Mia dan Bedah (Haha. Nama dia tak boleh belah)

Mia : Eh, Baru-baru ini, jam ice watch sedang hangat di pasaran. Baru lagi tau! Rasa saya, baru semalam jam itu dijual di seluruh Malaysia..

Bedah : Betul ni? Ish.. Sekarang juga aku nak beli! Cepat, kita tak boleh lepaskan peluang yang berharga ini!
Nanti bila kita beli lebih awal dari kawan2 kita yang lain, mereka pasti cemburu! Aku yakin 100%!

Mia : Ada betul juga rancangan awak ini. Asyik mereka sahaja yang beli awal dahulu!  Kita bila pula? Asyik2 bila musim barang popular semakin menurun, kita pulak baru nak beli. MALU kan?  Tiba2 esoknya ada jualan terbaru lagi. 

Bedah : Ok! Jadi, sebelum budak2 ni serang barang tu, baik kita pecah tabung cepat ataupun minta kat ibu bapa dengan buat gaya yang comel ataupun alasan? 

Mia : Aku ada RM10 je ni.. Ingat nak beli cool blog. Tapi nampak gayanya tak merasa aku.. 

Bedah : Aku ada RM5 je.. Jadi cepat! Jomm kita pujuk ibu ayah kita!

Mia : Let's get started! 

........... Sebenarnya, Najla dh takde idea nak buat pembentangan apa lagi~ huhu :'( mungkin ni TAK TEPAT! Tapi di mana2 pun ada perasaan menunjuk-nunjuk. Argghh!              -___________-


Hermm. Tu jelah yg najla boleh senaraikan. Takde idea otak nak perah! 
Mungkin memang yg pengaruh kawan tu 100% tepat! Berjangkit-jangkit macam Chicken Pox.
Tapi chicken pox ni lain, dia ada berwarna warni. Hitam, pink, biru, merah, hijau, ungu semua dia ada. Yg ada kesemuanya pun ada! Hebat2. (tepuk tangan dua kali)

Najla nak senaraikan barang2 yg popular sangat tu kat sekolah.

1. G-Shock . 




I LIKE THIS!

2. BAG SAG

BEST sangat ke beg ni? Najla pun tak faham apsal femes sangat beg kecil tu? Kalau bawa pergi sekolah, nak masuk buku pun tak tentu lagi boleh ke tidak. hehe. Najla tak penah guna beg tu. Masa exam sesuai lah bawa..





3. ICE WATCH 

Harga Borong!! Jam ICE WATCH Only RM28







Ok lah. Itu je yg Najla tahu . Najla paling tak suka pakai jam. suka tengok kat jam dinding je sudah :p kalau tak, tanya kawan sebelah. Tapi masalahnya dalam exam, jam dinding kelas selalu takde baterilah, rosaklah.. huhu. Itu yg susah nak tahu pukul bape..

Bye! Wassalam..

Harap korang doakan saudara seagama kita disana! Mereka sekarang tengah mempertahankan keganasan Yahudi Laknatullah! Ya Allah, kau lindungilah mereka dari tentera2 zionist yg kejam itu Ya Allah..

Comments

Post a Comment

لسّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sila komen dengan baik kerana Allah sayang orang yang baik :)