Walaupun dh habis sekolah tapi kena sekolah lagi!

لسّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Hai hai hai, Najla tulis entry lagi..

 Pejam celik pejam mata dah ada caption "TAHUN DEPAN AKU UPSR!" Terlupa; Najla dh jadi murid tahun 6 di SK SRI TANGKAK. Memang rasa kejap sangatlah! 
Siapa yg dapat anugerah cemerlang? Tahniah! Teruskan usaha lagi, jauh lagi perjalanan hidup kita semua..
Najla? takyah cakap zip mulut. awak pun tak dapat hadiah kan? haha.
Ok, dan wujudlah rancangan-rancangan nak pergi melancong ke mana2. (Nak tukar title sebab stress dengan caption kat atas tadi)
"Mama, jom pergi Langkawi."
"Kakak, jom kita pergi jenjalan kat London!!"
"Jom kita pergi enjoy!"
"Jom kita pergi KL~ Ohh Kl!"
"Jom kita sama2 menikmati keindahan ciptaan tuhan di RUMAH kita ini?"
"Yeahh, aku pergi TERENGGANU!! Makan keropok lekor puas2!"
"Pokok itu nenek baja,
Pergi luar negara & dalam negara pun tidak,
Tahun ni aku duduk rumah saja,
Lebih syok kalau jaga budak."
"Hoii! Aku..........aku......aku nak pergi KOREA whoiii! nak jumpa Donghae si Mr. Super Junior!
"ALHAMDULILLAH, saya dan sekeluarga akan berangkat ke tanah suci mekah pada 12 haribulan ni, doakan saya serta keluarga selamat sampai ke sana! Insya'Allah.."

DAN MACAM2 LAGI perkara terjadi kat dunia yg kecil ni..

Sama seperti Najla juga, ada plan nak pergi mana2. Tapi kan tapi kan..  Terkejut dengan surat yg bertajuk :

GERAK GEMPUR BAGI PELAJAR TAHUN 6 2013

Dapat surat rasmi :3 yeyeayy~ dapat surat! Dapat surat tuisyen yeah! Haihh =,= 
Nak tak nak kan, kena isi juga surat tu untuk sertai di dalam program tersebut. Hiyakk! (karate surat tu)  

FATIN : Itu cikgu Roslan.kat gelanggang.. cepat, awak bagilah surat tu.
NAJLA : Oh, ok!
--pergi ke gelanggang & bagi surat tu kat cikgu--

Apsal cepat sangat gerak gempur ni? masa cuti lak tu.. Dah lah itu tarikh selepas mak cik najla bernikah. Mesti najla penat2 balik rumah nanti. Esoknya dh kena pergi tuisyen. bestnyaaa! (best lah sangat)
Tapi lebih baik Najla pergi dapatlah juga sedikit sebanyak ilmu. Kalau tak nak banyak ilmu kan korang tidur je dalam kelas sambil berdengkur~ =O= ZZZZ

Dan proses pertukaran kelas pun dh berjalan dengan lancar. Cepat sangat ke kelas thn 6 sebab cikgu ada alasan yg kukuh kononnya boleh pilih siapa lah ketua kelas, AJK dan sebagainya. Tapi buang masa saja duduk dalam kelas tahun 6 selama seminggu. BISING, TIDUR, MACAM PASAR MALAM je adalahh kat kelas najla. tapi ada kelas lain dh mula belajar dulu.

Najla duduk dalam kelas lain. jauh sikit dri kawan2 najla yg lain. Tak best duk kelas lain tapi INSYA'ALLAH  Tuhan bestkan untuk najla! 

Jadi nilah senarai2 yg Najla kena buat kalau boring dalam kelas masa seminggu tu.
  1. Hari Isnin - Duduk diam je! 
  2. Hari selasa - Bawa novel AinMaisarah & baca! Tapi lepas rehat Najla ngan kawan najla g spbt kemas buku lebih afdal dari duduk dalam kelas yg macam mydin mall.
  3. Hari Rabu - Baca novel juga, kejap2 tinjau kelas sebelah :3
  4. Hari Khamis - Jamuan Akhir Tahun 2012 5 ARIF di kelas sebelah, najla buat cupcake untuk diorang. Alhamdulillah, habis dimakan oleh manusia.
  5. Hari Jumaat - Hari last kita bersama, masuk dewan baca yasin, pastu ada majlis perpisahan Puan Chin Yoke Moy yg bersara awal dan ada kemas2 untuk hari anugerah kecemerlangan.
Memang betul najla tak rasa selesa bila diorang (kawan2 najla yg kelas lain) takde. Kena biasakan diri juga dengan kelas tu. Ya Allah, kau permudahkanlah..

Dan saya nak promote sikit lah ngan budak NURUL FARRAH NATASHA ni..
Eh, jap awak kenal dia tak? Mesti awak tak kenal sebab dia kawan Najla =,= 

Ok, Hari Khamis tu kan......

Cikgu Azhar : Siapa yg tak terlibat langsung dengan apa2 acara pada hari jumaat iaitu hanya untuk unit beruniform sahaja sila tampil ke hadapan. Exp : PPIM-Kadet remaja-Bulan sabit merah-Pengakap

Ehh. Najla termasuk yer. haha. Lepas tu cikgu suruh najla dan yg lain ke depan macam orang miskin duduk tepi jalan. hehe.

Tiba2 natasha panggil. Dan najla panggil dia Nut, nama panggilan rasmi dia. Atau pun Nut-ella? boleyy jugak!

Nut : Najla2! (sambil lambai2)
Najla : *Buat muka nak tahu kenapa dia panggil* 
Nut : blablablablablablablabla -dan seterusnya-
Najla : *Najla tak dengar dia cakap apa dan najla tak endahkan*
-Nut suruh aiman panggil-
Najla : *pusing kepala dan terus dtg ke arah Nut*
Nut : Awak ada dapat sijil untuk sekolah agama lah. Awak kan penolong kat sek agama. 
Najla : Eh, tak tahu punn. Betul ke? jangan main2.. Kita dapat juga ke? 
Nut : Ha'ah. sebab penolong kena ambil sijil tu... (dengan penuh yakin)
Najla : Apsal kita boleh tak tahu..? **sambil mahu ingat apa kejadian semalam**
Najla : Ha'ahhlahh. memang lah kita tak tahu semalam kita tak hadir ke sekolah agama sebab buat cupcake. Ustaz ada cakap ke?
Nut : yer.. awak kena ambil sijil tu jugak..
Najla : oklahh.kena dtg pukul bape?
Nut : 2:30.
Najla : Oh ok..

Esok paginya Najla hadir ke sekolah dan nampaknya Nut tak hadir ke sekolah..

Najla tanya fatin kenapa Nut tak dtg. Fatin kata ; "Kita tanya adik dia dh.. pastu adik dia jawab Nut malas.."
Ok. Dia malass. takpe2, org dh nak cuti pun dia yg cuti dulu. Takpelah, budak rajin belajar , rajin dtg sekolah setiap hari.. bila dh nak habis sekolah boleh minta cuti!

2:00 petang

"Najla, cepat siap2 nak pergi sekolah.."

"Ok ibu.."

___________________________________________________________________
Dah siap2 nak pergi sekolah.. start enjin kereta dan pergi. 
Dah sampai pagar sekolah, orang tak ramaii punn. Tak nampak Nut pun!

Dan pada hari itu juga, kakak najla kena pergi sekali ambil sijil SDEA 2011 tapi kitorang je lah yg wakilkan. Ibu pulak penat nak tunggu lama2. Jadi, terus jumpa Ustazah yakin nak ambil sijil tu.
lepas dh settle akak punya, Ibu suruh pastikan dahulu betul ke Najla ada ambil apa2 bahagian? Tak mungkin pula rasanya. hehe. 
Nampak Ustaz Zamir je terus tanya najla ada ambil apa2 bahagian tak?
Ustaz check fail dan siap bagitahu najla dapat nombor berapa. Ok. nampak angka tunggal takde pasangan :p
Tapi bukannya 1 2 3 . atas lagi yerr. Cuba wat kiraan 6 + 3 ? Dah tahu jawapannya. 

Ustaz pun kata Najla takde dapat apa2 pun. Dan nasib baik najla terus tanya kalau najla tunggu sampai program habis takde nama najla cmne? Haha, bagaikan orang gila datang takde tujuan

Orang gila memang takde tujuan!
Masa tuisyen siap engkau Nutella!
Lain kali check dahulu kebenaran!
Jangan nak terus cakap sampai nyanyi lagu Ella! erkk =,=

Baiklah, inilah dia pantun berseruan untuk NUT. Takpe, nanti Najla geletek dia :) Kalau tolak dia dalam laut nanti tak tahu dia masih hidup atau tidak. NASIB BAIK nut dapat 8A UPKK!

UPKK? Najla dapat biasa2 je. tapi ok lah juga :) Cuma 8-3 je.. kira ya! nanti dapat jawapann.
Oklahh. nanti nak geletek nut sampai dia gelak mcam pontianak >:)

UPKK NAJLA : _____ 3B
Berapakahh di atas? 


Comments