Say 'Hi' to 2013. Say 'Goodbye' to 2012

لسّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Hai hai hai, Najla tulis entry lagi!
Wahh-wah, Assalamualaikum :) Mesti korang rasa excited kan sebab 2013 is coming! Tepat pukul 12 malam ni tarikh kat laptop, handphone, ipad, tablet, tv, segala gadget, papan hitam, papan putih, kertas, akan dipaparkan tarikh 1/1/2013. Eh? happy kan? ke sedih? kenapa sedih? sebab 2012 dah nak tinggalkan kita ke? ehh, rilek-rilek. Semua kenangan manis, pahit, hitam, putih, pink, masam tu akan ingat dalam kepala kita je. Mungkin ada yang manis, ada yang pahit. Macam najla campur-campur macam puding 1MALAYSIA! Tapi lebih kepada pahitt macam kopi takda gula. haha. Kenapa najla punya pahit? Sebab.. sebab... sebab... sebab.............. sebab.... 
TAHUN 2012 Najla kan sakit sampai tak pergi sekolah. 
Ya, najla banyak ketinggalan. I know... ...*sebak*
Mungkin Yang Esa dah tetapkan :) Najla kena terima dengan seadanya. Bersyukurlah juga sebab sebelum final exam sekolah mula, najla dah sihat dan boleh ke sekolah. Dapat juga jumpa kawan-kawan yang dah berbulan tak jumpa! baru nampak muka diorang pun rasa "YA ALLAH!". Happy tak terkata!  Najla pun dah fikir masak-masak, tahun 2012 najla upkk. Lagi pula tahun depan upsr. Kalau tak ambil final exam, memang betul-betul ketinggalan. Macam baru nak masuk darjah 1 balik! hahaa. okay-okay, TUKAR TAJUK ye!
Ehh. hello? hello? hello!!
Korang ada mata kan? kan? kan? Ada tak nampak lain?
apa yang lainnya? Blog najla bertukar design! yeahh. i know... *happy* hahaha.
Ok. Najla bosan sikit tengok design blog najla sudah berbulan tidak berubah-ubah. Jadi, sementara cuti ni,
(Chehh, cutilah sangat! Dah nak sekolah pun najla! Dah, shuhh-shuhh~ pergi gosok baju sekolah, kemas apa yang patut!) Najla nak tukar design blog yang ciri-cirinya ialah,
  • Watak utamanya masih PINK. watak kedua pula warna putih. Pelakon tambahan KELABU.
  • TEMA BLOG ialah PUSHEEN THE CAT! (Oh my, cuteeeee :3)
  • Lagu yang sedang bermain di gegendang telinga korang ialah Korean song, penyanyinya Juniel. Tajuknya ialah Bad Person.
  • Blog itu menyediakan khidmat Tempahan Mengedit Blog, mengedit gambar, banner dan wallpaper.
    (Yang untuk wallpaper kahwin pun boleh juga tapi najla taknak buka! Takut tak jadi!)
  • Boleh request tutorial dan freebies tetapi hanya dibuka pada SABTU dan AHAD manakala sepanjang hari persekolahan, (isnin-jumaat) DITUTUP. Sama juga seperti tempahan walaupun sudah dibayar.

Ok. itu ialah ciri-cirinyaa! So, harap selesa dengan blog najla! :) Selalu kunjung sini ya! Siapa yang menjadi pelawat setia najla, najla akan review blog dia setiap minggu. muehehe. :D

Jadi, izinkan najla mengundur diri dahulu! Assalamualaikum. Semoga tahun 2013 akan menjadi lebih bermakna dari tahun 2012...

NAJLA...NAJLA... NAJLA UPSR Tahun 2013! Kena belajar semula apa yang tertinggal! Doakan najla berjaya :) Najla akan doakan kepada korang juga. In Sha Allah!

Comments