Tutorial : Transparentkan / pngkan background gambar

لسّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Hai hai hai, Najla buat tuto lagi.

Ok. Najla tahu ramai dah tahu kan cara2 nyaa. Tapi tiba2 ada seorang ni tanya najla macam mana nak pngkan gambar . huhu. So najla kata InsyaAllah. Dan harini Tuhan tentukan najla buat tuto ni untuk kak Nur Ain.

Ehh. boleh sangat :p 

Mungkin caranya berlainan bagi setiap orang kan? Jadi, najla ada cara najla sendiri untuk pastikan pngkan pic tu kemas :) So, let start!

ATTENTION! KALAU TAK NAMPAK GAMBAR YANG NAJLA SEDIAKAN, BOLEH KLIK JE GAMBAR ITU UNTUK LEBIH JELAS!

1.First, bukak photoshop korang ok.. 

2. Click file --> Open (pilih gambar yg korang nak pngkan) 


#Klik gambar untuk nampak lebih jelas#


3. Ok. now korang nampak tak yg najla bulatkan merah dlm gmbar ni? nampak kan? Kalau gambar korang kat situ tertulis perkataan 'background' , korang double click kat situ.. TAPI kalau tak ada tulis background biarkan je.. 


4. Lepas korang click dia ada keluar popup window kan? Click OK .


5. Ok now kita nak transparentkan gambar itu dengan Eraser Tool. Maknanya kita menggunakan pemadam untuk pngkan gmbr.


6. Dengan menggunakan Eraser Tool, kita padam backgroundnya. Jangan kena tempat yg tak nak transparentkan.. Sikit-sikit, lama-lama menjadi :)

 7. Najla nak ingatkan brush nya jangan terlalu besar. boleh setting supaya jadi kecil sikit supaya senang korang nak padam.

8. Taraaaa! Dah jadi transparent kan? Tapi belum habis lagi tengok step 9.



9. Kenapa belum habis lagi? Ok, sebenarnya kita tak tahu dah kemas atau tidak. Sebab kita padam takut ada background yg terlepas belum dipadam lagi.. Jadi kalau nak tengok dah kemas atau tidak, CLICK fx contohnya di dalam gambar di bawah. 

 10.  Lepas click fx, ada keluar macam banyak2 perkataan kan? Korang click Stroke..

11. Lepas dh click stroke, ada keluar satu lagi popup window kan? Click OK ye wahai semuaa manusia..

12. Lepas korang click ok tadi terus macam ada garisan hitam tu kan? Jadi, kita dah tahu kat mana yg tak okey lagi, mana yg belum dipadam lagi, mana yg tak cantik lagi. Jadi dengan itu, CLICK ERASER TOOL lagi sekali dan brushnya ambil yg kecil sikit dan padam pada bahagian2 yang anda tak puas hati! 


13. Ok, kalau dah rasa ok dan dah cun bolehlah save gambar itu. Tapi korang kalau tak nak ada garisan hitam tu, boleh click fx --> stroke --> untick kat tepi tu DAN now boleh senyum sampai telinga, buat benda yg korang suka! :)

Ok! Dah siap :D Suka tak? Inilah cara najla. .Kalau tak tahu dh kemas atau belum click je stroke, PASTI MEMBANTU korang!

p/s : Orang yang dh click stroke tapi takde langsung yg comot dia memang HEBAT. 

Bye, wassalam! 

Comments

  1. nicenye blog awak. actually sy tengah cari tuto untuk transparentkan gambar, tup tup lawat blog awak. nice sangat blog awak. jemput singgah blog sy :)

    https://ciknadstories.blogspot.my

    ReplyDelete

Post a Comment

لسّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sila komen dengan baik kerana Allah sayang orang yang baik :)