Bertudung labuh sesuai untuk menutup aurat

Assalamualaikum..

Entri kali ni ialah tentang tudung labuh. 

Bismillahirrahmanirrahim...

Bila bercakap tentang pemakaian tudung labuh, mesti semua nak cakap "eh kau ni dah cukup ilmu ke?" .

Kenapa kita mesti berkata-kata sebegitu sedangkan kita ini ialah umat islam. Umat islam wajib menutup aurat tetapi tak wajib bertudung sebab nak pakai tuala pun boleh asalkan TUTUP

Patutnya kita kena sedar cara kita menutup. Bukan setakat tutup kepala je tapi hujung kepala hinggalah hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan kan? Masa kecil pun dah belajar tentang aurat. Nampak sangat AURAT itu penting bagi Orang Perempuan ataupun bergelar muslimah. 

Betapa susahnya dahulu ayah dah ibu kita mengasuh kita supaya sentiasa menutup aurat. Mereka marahkan kita kerana kita memakai pakaian yang tak menutup sewaktu kecil. (5-8 tahun)  Biasalah dulu bila mereka marah kat kita, kita dah buat duckface. Alahaii -.-' Ada yang nangis-nangis. Macam najla dulu pun susah nak pakai tudung bila keluar rumah masa 6 tahun. Tapi kerana ibu dan ayah sanggup bersabar untuk mendidik dan mengasuh kita menjadi anak yang soleh/solehah, kita dah biasa menutup aurat :') Masya'Allah.
Bila dah pakai sekali memanglah dah buat muncung mulut. Tapi kalau dah berkali-kali, dah tak heran pun dengan alasan panaslah, rambut panjang sebab rimaslah dan macam-macam lagi. Alhamdulillah.

Jadi  bila umur dah di tahap awal remaja, teknologi dan negara semakin maju.. Menyebabkan kita terjelumus dalam pegangan yang salah (terpengaruh) dan tidak berfikir dahulu sebelum bertindak. Benar, memang ramai sangat manusia kat dunia ni, tak kiralah orang islam ke apa.. Terpengaruh dengan FASHION atau FESYEN dunia semata-mata.

Bukankah kita dah tahu? Kta mesti menutup aurat dan bukan hanya pakai tudung. Dan cara pemakaian tudung  tu harus betul bukan hnya main sarung. Ramai orang terpengaruh dengan fashion yang seperti tutup aurat tapi tidak. Contohnya, sekarang ramai yang pakai :


Fashion Terkini
Selalu dipakai begini
Cuba..
Shawl
Shawl ini ialah tudung fashion terkini yang banyak dipakai oleh remaja. Biasanya shawl  yang cantik2 semuanya pendek2. Kadang2  tak tutup depan dan belakang. Just untuk leher je kan?

Jom beli shawl  yang  labuh.  Boleh  tutup  depan  dan  belakang . Lebih bagus kalau yang labuh sampai pinggang ataupun punggung
Tudung bawal
Tudung bawal banyak yang pendek  & labuh.  Tapi trend  terkini  yang  pendek .  Sesuai  untuk  budak-budak.  Yang peliknya,  najla try pakai pun dah pendek. Habis tu orang dewasa pakai macam mana?
Walaupun cantik dimata bila pakai tudung  tu, cantik lagi kita menutup aurat.  Sama juga.. biar beli tudung bawal yang labuh tetapi sekarang sukar dicari. Kalau online tudung labuh banyak. Cuba beli online jenama 'akel'.  Semua tudung bawalnya labuh-labuh.
Tudung sarung
Tudung  sarung  ni dah  berlambak  kat negara kita ni.. Tapi  banyak  jual  yg  pendek2.  Sarung je tapi tak tutup  belakang  dan  depan.
Tudung  sarung  labuh  ni  terdapat  di  kedai2  yg  tertentu.  Online pun banyak. Senang  je  pakai tudung tu sebab ianya sarung  dan labuh.





Ok. Dari segi pemakaian tu memang kena ubah. Sebab kadang-kadang kita tak perasan tau. Orang yang memandang, ALLAH yang memandang. 

Lebih sesuai kalau kita pakai tudung bawal yang berlabuh :) 100% najla kata, lelaki akan menghormati kita sebagai perempuan. Najla boleh bezakan kerana dah pernah alami. Masya'Allah, indahnya menutup aurat itu. 

Najla bukannya mahu mengutuk .. Tetapi nak beritahu... Jangan ikutkan fesyen tetapi ikutilah Al-Quran dan As-Sunnah. Ianya lebih bernilai di akhirat daripada fesyen di dunia semata-mata. Nak berfesyen, boleh. Tetapi ikut dengan cara yg betul sebab kita umat islam jangan sampai lalai tentang agama. Walaupun selalu dikelirukan dan disesatkan oleh orang nasrani ataupun yahudi, kita mesti kuat. Nabi Muhammad SAW tak pernah pun mengajar kita membenci orang yahudi kerana Islam itu tidak dipaksa. :') Jadi kita mest kuat sekuat laut memukul ombak.

Jadi kita ni tak boleh terlalu ikutkan fesyen terkini. Seolah-olah itu adalah fesyen barat dan kita ikutinya? Kita kena sedar dan sentasa mengawasi apa yang sedang berlaku. 


Comments