Al-Hasib Allah Maha Menghitung

لسّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam sejahtera.

Hari ini najla nak tulis mengenai الحسيب iaitu ALLAH MAHA MENGHITUNG. 

Pada hari isnin yang lepas, Ustaz ajar tentang tajuk Al-Hasib. Al-Hasib ertinya adalah Allah Maha Menghitung. Pengertiannya adalah : 
Allah maha menghitung segala amalan manusia di dunia ini pada setiap masa.

Dalil naqli :

إِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلۡحِسَابِ (..١٩٩
"Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabnya."
Al-Imran ayat 199:3
Sangat senang dihafal dan mudah dibaca  :)

Kalau korang perasankan, tajuk ni ada kat dalam buku teks tahun 6 ^_^ So kalau boleh baca dari situ je. Tapi tak apa, najla teruskan. 

Ada Malaikat yang ditugaskan oleh-Nya untuk mencatat kebaikan atau keburukan. Dan Malaikat itu sentiasa berada di sisi kita untuk mencatat perkara yang baik mahupun buruk.

Ra'qib 

Mencatat kebaikan



A'tid

Mencatat keburukan

Tahu tak? apakah yang mereka catat?

MEREKA MENCATAT AMALAN KITA



Jadi, jika kita membuat sesuatu perkara yang buruk, tak baik dan jahat, Malaikat A'tid akan mencatat, mencatat dan mencatat perkara yang tak baik kita sudah lakukan.

JIKA kita membuat perkara yang baik, mulia dan berfaedah, Malaikat Ra'qib akan mencatat, mencatat, dan mencatat perkara yang baik kita sudah lakukan. 

SEGALA AMALAN YANG MEREKA CATAT, AKAN DIHITUNG DI AKHIRAT..


So, kita mestilah sentiasa berbuat perkara yang mulia dan baik. Allah sayang pada siapa yang beriman dan mulia kepada-Nya. Masya'Allah :) 

Allah itu maha adil (العدل) ,
Bila kita BARU SAHAJA berniat mahu melakukan perkara yang mulia dan yang baik, ALLAH akan beri kita satu pahala. TAPI, Bila kita BARU SAHAJA berniat mahu melakukan perkara yang tak baik, ALLAH tak beri kita DOSA lagi tau. Bila kita dah buat benda yg jahat, barulah Allah bagi satu dosa. TAPI, Kita masih boleh buat pilihan sama ada mahu meneruskan perkara yang jahat ataupun tidak, sebab Allah belum bagi kita dosa. TAPI jika kita batalkan niat jahat tu.. Maka kita tak dapat dosa. Masya'Allah! Allah itu maha adil lagi maha penyayang. Dia beri kita masa untuk berubah ataupun tidak. :)



BAK kata Ustaz najla, Biarlah kita tebalkan buku catatan Malaikat Ra'qib dan bukannya tebalkan buku catatan Malaikat A'tid. Biar rilekkan Malaikat A'tid dan biar sibukkan Malaikat Ra'qib mencatat kebaikan kita.



Hukum percaya dengan Al-hasib ini WAJIB tau. Dalam dunia ni, ada juga orang yang tak percaya dengan sifat dan nama-nama Allah. Ya Allah, kau permudahkanlah.

Jom ramai-ramai kita membuat perkara yang mulia ;) Jauhi larangan Allah dan dekati suruhan Allah. Ikutkan Al-Quran dan As-Sunnah. Nescaya bahagialah di akhirat nanti, Insha Allah!

Dari Abi Hurairah telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Orang yahudi telah berpecah menjadi 71 atau 72 puak, begitu juga nasrani dan umatku akan berpecah menjadi 73 puak,  semua didalam neraka kecuali 1 puak, mereka (sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W.) bertanya : Siapakah mereka wahai Rasulullah? (jawab baginda): Mereka ialah orang yang tetap berpegang dan melakukan apa yang telah dan akan aku lakukan bersama sahabat-sahabatku. (Al-Quran dan As-Sunnah).

Harap apa yang najla sampaikan ni manfaat buat semua ~

Comments