Najla's artwork

لسّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam sejahtera.

Assalamualaikum korang :D Haaa... baru je lepas keluar daripada pusat tahanan selama 3 hari.(Gerak gempur) hehehe. Sepatutnya 4 hari tapi najla 3 hari je~ Esok najla tak hadir ke pusat tahanan tu sebab ada sebab tersendiri okey. Sebabnya tak boleh bagitahu tapi hati ni rasa 'ahhhhhhh'! . Happy sangat ^.^
Nanti najla bagitahu :p


Lupakan pasal tadi. Itu hanya pendahuluan untuk entri ini ya. Cerita sebenarnya ialah cerita kat tajuk entri ni..
NAJLA'S ARTWORK. fuhh~ macam watermark pelukis yang terkenal. EH, najla tak cakap pun najla famous, najla cakap macam je! 


Tahu tak? Sadisnya najla ni sebab tarikh untuk guna PAINT TOOL SAI dah habis :( So sebelum tu najla tak dapat nak meluangkan masa bersamanya. Oh, alangkah seronoknya jika boleh digunakan lagi. Eh kejap-kejap, Melukis kat benda tu masih berfungsi lagi tapi sayangnya tidak dibenarkan untuk SAVE. Senang cakap TAK BOLEH nak SAVE. Tapi kan, Tuhan dah bagi najla akal. Jadi najla gunalah akal najla ^__^ Bukan gunakan hanya untuk jawab soalan periksa je. Jadi walaupun tak boleh nak save, TAPI kita kan boleh PrintScreen :p  Alhamdulillah! Dengan bantuan keyboard di laptop yang bertulis PrtSc SysRq , dapatlah najla paste di Photoshop dan save! Bijak tak? ^^

So najla nak tunjuklah sikit hasil yang najla dah buat ni~ Walaupun tak seberapa, tapi cukuplah setakat nak berkongsi cerita dengan korang. Apa gunanya ada blog kan? :) Najla lebih suka letak doodle tu bertemakan tentang Islam. -kalau tak nampak click gambar tu yea :)-











hehe. najla pun ada buat doodle najla sendiri~ Gambar kat atas ni najla lah knononya. dan sekolah najla kat belakang tu. hehe

Setakat itu dahululah najla berkongsi dengan korang. Insha Allah, najla letak lagi. Mesti semua gelak-gelak sebab tengok kartun nie. Najla masih lagi mentah tentang melukis doodle ni. Insha Allah.. lama-lama nanti cantiklah jadinya. Cuba korang tengok doodle kat header najla tu. Ada doodle bertudung hijau kan? Itu pun najla buat sendiri..  ^o^ Kelakar kan? tapi comel kan? hikhik. Semoga bermanfaat apa yang najla kongsikan ni. Lepas ni, korang kongsikan pula tau? Mesti comel-comel. :) 

Sampai sini sahaja. Lepas ni nak buat ic. ;) ehh, tu pun nak bagitahu. Biasalah, dah masuk 12 tahun ^^
Ok bye. Wassalam..

Comments