SAYA DAH MASUK 12 TAHUN :O

لسّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam sejahtera.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua :)

ok. harap faham bila dah baca tajuk. Najla dah masuk 12 tahun pada 2 hari yang lepas ^_^

14 MAC 2001 NAJLA dilahirkan ke dunia..
TEPAT PADA PUKUL, 8:30 pagi di Hospital Daerah Muar.

Dan sekarang, najla masih diberi peluang meneruskan hidup najla di dunia. Alhamdulillah!

Happy_20birthday_20_20original_20orange_20and_20a_20sunflower_20wallpaper_20museh_large

Pertama sekali, najla nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kat Allah sebab masih memberi peluang untuk najla hidup di dunia ini. Bersyukur sangat. Alhamdulillah~

Kedua, mungkin inilah antara orang yang selalu ucapkan SELAMAT HARI LAHIR yang paling awal kepada kita. Siapa lagi selain IBU BAPA kita kan? Dalam hati ibu bapa kita ni mesti ada terasa perasaan terharu sebab dapat menjaga anaknya dengan baik. Bayangkan, dulu kita sekecil kucing tapi sekarang dah besar macam kereta alphat. hikhok. Serious.. Mesti diorang kata "Alah.. rasa macam baru je dapat anak semalam tapi rupanya anak aku dah besar sebesar gajah, tinggi setinggi zirafah, secantik erra fazira pun ada kot."
Ok. maknanya kan.. diorang rasa usaha diorang tak sia-sia bekerja keras supaya anaknya mendapat makanan yang secukupnya.
So korang, TERIMA KASIH ibu ayah!

Ketiga, MY SISTER DUPER POLKADOTPER. haha
For my sister aka polkadot, thank you for your wish. then you minta kek kan? kalau tak balik2 rumah, memang kek tu dah kehabisan ya. Buat pengetahuan awak ^^ so jangan duduk lama-lama kat sana. Your parents is still waiting. k dah besar akak najla ni.. dah boleh naik ke jinjang pelamin :p ahaaaaa 

Ketiga, MY FRIENDS ^______^
Echa orang pertama yg sms najla pepagi. k, bagus sangat! thank you echaaaaaa!
Then, my classmate. Thankyou Kakyah, nut, dania, putri, finaz, aqila and lain-lain.

TAHU TAK?

MY BIRTHDAY IN MY EXAM

Oh tak sangka sangat, TAHUN INI FIRST TIME birthday najla muncul pada hari persekolahan. And then serious sangat-sangat tak sangka pada hari itu adalah hari exam. Yes, Ujian Pengesanan Mac 2013. 

So kan, macam busy sikit. Hari tu, exam Sains dengan Bahasa Inggeris.

Najla suka jawab soalan bahasa inggeris paper II , Bahagian B.

Steady je najla jawab ^___^ 



Hari yg sebelum hari lahir najla, masa exam tu kan.. Classmates najla tanya guru yang jaga exam tu.. Diorang tanya, "Cikgu, birthday cikgu bila?" .

Haha. masatu najla terdiam lah. Taktauuu kenapa. Mungkin terasa sikit sebab diorang tak tahu pun esok birthday najla. Kebetulan cikgu tu kata birthday dia bulan MAC. Tapi dah lepas. 

"Tapi esok hari lahir najla..." 


HADIAH?

Mula-mula, najla tak minta apa-apa pun. Tak tahulah. Macam takde apa-apa.

Tapi kan, bila sis najla kata.. dia nak telekung untuk hadiah hari lahirnya, Najla mulalah dah tahu apa yg najla perlu. Eh jap, sekarang ni kalau nak cari telekung yg jenis lembut-lembut banyak online kan?

Najla mula-mula nak buku je. apa2 lah tak kisah asal buku yg boleh dibaca.

Tapi, tiba-tiba kan, najla nak baju-baju muslimah. Najla tak banyak kat dalam almari. ada 2-3 pasang je. Selalunya kalau nak hangout, najla selalu pakai baju muslimah. Tudung pula cara bawal labuh.

TAPI, Bila tengah baca-baca post org kat fb, SOMETHING ni tarik perhatian najlalah..
AINMAISARAH ada buat promotion untuk barang-barangnya. Najla tertarik dengan novel comel tu. Becouse najla ada satu je novel comel. lagipun dia ada bagi discount RM37 . Dah jadi RM50 termasuk postage. INSHA ALLAH ibu belikan.. :)


CAKE FRUITILICIOUS

Lepas mengaji dan solat, najla ambil semua buku nak study kat bawah. Then tengok kosong je. Takde orang. Rupanya ibu ngan ayah pergi Melaka. And i hope something happen this night. ahaha.

Ibu n ayah balik rumah je, dah nampak ada kotak secret recipe ^,^

Besar kot kotak tuuuuu. SEDAP tau keknya. Selalunya bila beli kek yg lain ada rasa muak but this cake NOT.

Cake ni dipenuhi dengan buah-buahan dekat atasnya dan di dalam! Makan sekali nak 3 kali.
Itulah sebabnya dinamakan cake fruitilicious. memang sangat fruitti dan delicious. :)

Najla malas nak copy gambar semata-mata nak masuk blog :p , so najla tunjuk je satu gambar yg comel ni dari google .

CONTOH je. Tapi memang inilah bentuknya! Dalam dia penuh dengan buah pich.


Korang tak nak wish ka? hehe
takpe, sempat lagi sebelum selama-lamanya. heh, bye!

\WASSALAM/

Comments