Selamat Hari Guru ^_^

لسّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam sejahtera.

Wah! Pejam celik-pejam mata tiba-tiba kan dah masuk bulan MEI - 5 . Tak sangka sangat-sangatlah. Sekarang barulah saya percaya yang UPSR bukannya beribu tahun lagi. tinggal 3 bulan lebih je lagi! *muka terkejut*

Walaupun upsr nak dekat, tapi tak salahkan kalau najla update blog? bukannya lebih-lebih, kalau ada masa free tu, najla curi tulanglah kejap :p *tapi saya bukan budak jahat*

16 MEI 2013

*wah, glamournya tarikh atas ni!

HARI INI, (16 MEI) hampir 1MALAYSIA sambut kat sekolah kan?

Kenapa najla kata 'hampir' tu, sebab tak semua sekolah sambutkan? Ada yang buat hari Jumaat, Isnin dah suka hati dioranglah nak buat bila. Lagi-lagi kat negeri Johor. Sebab minggu ini ada peperiksaan setengah tahun! *mata terbeliak* Tapi dah dijalankan dahulu sebelum sambutan hari guru. *LEGA* .

Najla bagi cikgu.... PENA. yes, pena.
Pena pun tak tahu ke? dah tahu kan? tak tahu? kalau tak tahu,
Dengarlah lagu TAKUT yang dinyanyikan oleh AMALIA ALIAS atau, (Serious, lagu tu sangat menarik.)
tengok lawak jozan kat Maharaja Lawak Mega ye?

Bagi najla, bagi cikgu benda yang diperlukan sahaja. Janganlah bagi yang mengarut. Memo pad itu pun sangat berguna. kalau bgi benda tu.. Ambik kau! Dekat muka murid pun cikgu tampal :p hehe

-Tapi HATI kena ikhlas kalau nak hadiahkan cikgu sesuatu. Sebab keikhlasan cikgu mengajar kita tak sama dengan keikhlasan kita bagi cikgu hadiah. Adakah sebab nak beri hadiah yang mahal-mahal sebab nak tunjuk kat kawan-kawan?- 

Walaupun hanya cakap 'Terima kasih, cikgu' pun sebenarnya LEBIH BERHARGA daripada nilai hadiah yang kita bagi kat cikgu.

Kenapa ya? Kita ni bersikap pura-pura...
Awak faham tidak apa yang najla maksudkan ni?
Bersikap pura-pura bererti,
Semasa HARI GURU, kita hormat dia sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat kuasa 999998070609999. (Ish, mesti korang tak boleh nak sebut nombor ni sebab nombor sampai juta je. ni terlebih juta nampak!)

Sambung balik ..
TAPI... kadang-kadang kita ni pun TAK MENGHORMATI GURU.
Betapa susahnya cikgu nak mencari bahan rujukan untuk kita, menguruskan hal-hal murid, PBS ( :( ) , marah sini sana situ sini kuasa volton 99997878969999999999999, buat kita faham betul-betul, sanggup berkorban masa dan banyak lagi...

Lepas hari guru, buat macam biasa balik. Tak siap kerja, buat bising, menyakat dan banyak lagi -_- Aip!! kita kena hormat guru setiap hari jangan TEACHER'S DAY je.. :p

Untuk cikgu najla,
Terima kasih untuk semuanya..
Sebab cikgu, najla dah faham semua. A->Z :) 


byebye. Wassalam.
*pstt, 18 MEI ni birthday abang najla. nak bagi apa yer? erghhhhhhhh -.-
*najla hadiahkan blog untuk dia sahajalah. apa kata? lailai~

Comments