Menghitung hari...

SALAM UKHUWAH FILLAH ^_^

Hai. Now tengah tunggu UPSR datang ni. :D
Macam orang gila je kan sebab najla TUNGGU  -_- Orang lain, kalau tetiba je upsr datang mesti rasa macam nak lari keluar dari dewan. EH betulke?

Tipu je. Sebenarnya bagai nak gila bila tahu upsr tinggal 80 lebih hari. Dah tinggal rumah sa dan puluh ja. Mana rumah ratusnya? Mana rumah ribunya? Mana rumah puluh ribunya? Mana rumah ratus ribunya? Mana rumah JUTAnyaaa? Mana, mana mana? 

Ceh. Takut sangat. Bukan upsr makan orang pun. Tapi upsr banyak tricks. Dia nak kita tertipu dengan soalannya. Tapi kalau kita doa dan berusaha, INSYAALLAH, soalannya tiba-tiba jadi senang. Sebab, kalau  kita belajar dengan sungguh-sungguh, berdoa kepadaNYA, solat dan faham dengan apa yang cikgu teach, MESTI ALLAH jadikan 5A tu milik kita. INSYAALLAH.

Hari Sabtu yang lalu, najla dan keluarga pergi ke Kuantan. Why? Hantar abang najla pergi Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. So di rumah, tinggal 4 orang je. 2 lagi sedang menempuhi kehidupan mereka ^.^ Ceh ayat. Heh, lagipun pendaftaran hari Isnin. Tapi nak datang awal sebab senanglah. Tapi terpaksa ambil cuti hari Isnin tu. 

Wahh, my sister kata kat Kuantan famousnya banyak pasaraya. Etc yang terbesar, Berjaya Mall. Jadi kami sekeluarga sempat jalan-jalan sebentar di situ. Lagipun najla tak shopping pun okey? Datang situ pun nak belikan persiapan abang najla untuk ke POLISAS. Masuk PARKSON :p ahaa.

EH lama juga rupanya tunggu abang shopping. Last-last, najla pergi kedai buku Popular. Dah lama ternanti-nantikan novel yang najla nak, tapi belum diterbitkan lagi rasanya. Lagipun, buku tak banyak kat situ. I just bought some Sharpie Marker and highlighter Stabilo. Oh ya, lagipun najla suka menconteng. Menconteng pun ada faedah tau bukannya dok meroyan. 

  1. Faedahnya, step 1 ambil kertas kosong yang korang suka. Kertas buku latihan mathematics pun boleh.
  2. Sediakan marker/colour pencils/ water colour/ marker warna-warni/ segala marker/ segala yang warna-warni. Lebih afdal guna Sharpie punya. Mahal pun mahal juga. Tapi kita ni mesti pilih yang berkualiti bukannya beli kat tepi jalan. opsss. Takpe, tahan lama. Ada standard ^_^
  3. Conteng yang nih lain tau. Bukannya conteng macam adik-adik awak. Conteng yang comel-comel. Yang cantik-cantik ok? Ikut kreativiti korang. Jangan comot-comot!
    -Etc, buat corak. Corak bunga pun boleh. Then buat awan-awan ke. Tak kisah. ini lebih kepada melukis. Lukis orang lidi pun boleh. Pokok-pokok yang menghijau dan ada buah epal ke? . But tinggalkan ruangan kosong di tengah-tengah. Tepi boleh, kiri kanan boleh, bawah pun boleh. Ini ikut hati. -
  4. Dah siap? Cun kan :D Ruangan kosong tu, cuba buat frame. Frame corak ke frame kurus gemuk semua boleh. Tiada paksaan.
  5. Ruangan kosong tu, tulislah perkara yang berfaedah. Bukannya i love you, you love me. Erk.  *jerit* CUBA TULIS, 5A UPSR ke, BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ke, ASSALAMULAIKUM ke, I LOVE ALLAH ke, I LOVE RASULULLAH ke? INSYAALLAH ke? ALHAMDULILLAH ke? SUBHANALLAH, ASTAGFIRULLAHAL'AZIM? Al-FATIHAH? BOLEH BOLEH BOLEH!,? SAYA INGIN BERJAYA ke?

    Sebenarnya itu barulah memberi faedah. tulis yang semangat, baru kita semangat. Tapi buatlah. Jangan lukis je tapi taknak buat.  Tulis cantik-cantik. Tulisan berangkai atau tulisan yang kreatif. Oh, mesti kiyowo :3
  6. Terakhir, kertas tu tampal di almari atau notice board. Kalau simpan kat dalam file, mahu tak nya jadi pekasam. Dah beranak dua baru jumpa kertas tu balik. Mesti kelakar. hehe.  So kita tampal kat tempat yang boleh dinampak. Hari-hari kita boleh baca. ^_^ Hari-hari kita boleh ingat. INSYAALLAH. Tak sia-sia. 

Heh, jadi tuto ke apa ni? Saja kongsi. Ni tips najla. Menconteng ada faedah ok. Yang tak faedahnya sebab tulis yang kosong. Lepas tu pelik-pelik. 

Kat Sekolah Agama najla, kalau ustazah tiada di kelas mesti Najla dan rakan yang lain kerjanya hanya menconteng. Tak kisahlah, mesti ada conteng. Penawar kebosanan. Herm, boleh dikatakan..

Sejak cuti penggal dua tu, najla tak sihat :(  Mula-mula selesema datang. Lama-lama sakit tekak. Pergi klinik je tetiba demam -_- Lepas seminggu, batuk pula yang datang tumpang! Sampai sekarang, belum pulih. BERjerebu pulak tuu. So kat sekolah, tak sangka najla jadi doktor! (pakai mask)

YA ALLAH, sejujurnya.. (macam lagu firman lak) Najla risaulah. R to the I to the S to the A to the U.  Kalau Najla tak buat latihan, hati tak tenang. P E L I K kan? Kalau ada je hari tak datang sekolah, LAGI RISAU. Mungkin sebab najla takut ketinggalan. Oh ya, this is not FAIR. Orang lain dah faham dengan tajuk ni, tapi kita...? Ini tidak adil, tidak adil.. bagiku.. (Lagu Yuna pulak) Mesti esok harinya, cikgu bagi latihan yang dia ajar pada hari kita tak datang! Bila nak jawab.....? Oh. Tahu. Senang macam makan kacang. Mesti korang HENTAM KROMO kan? haha.


Fullstop. Ni bahagian Running Man pula!


TOLONGLAH! TOLONG NAJLA! TOLONG BAGITAHU SEMUA ORANGULAT GONGGOK PUN TAK TERKECUALI! YANG RUNNING MAN INI ialah THE BEST VARIETY SHOW IN THE WORLD! MOST INTERESTING!

Dengar cerita, RM nak datang Malaysia September ni. Betulkah? OH.............
U to the P to the S to the R. ARGHH. kbye. 

Comments