2013 Raya Story

SALAM UKHWAH FILLAH ^_^
Hai :) Alhamdulillah. Tuhan masih lagi memberi Najla untuk menaip entri ni. Walaupun kerja sekolah masih berlambak kat lantai bilik. hoho.

Raya korang macam mana?  U_U

Bagi Najla, raya tahun ini sememangnya tak meriah mana pun. Haha why? Eh, Najla memang suka berterus-terang. Kalau best, cakap best. Kalau tak best, jujurlah kan?

Najla rasa KEMERIAHAN itu tak penting. Serius. tak penting bagi Najlalah. Kalau orang lain mungkin nak meriah gila-gila XD

Now baru Najla tahu apa yang lebih penting semasa menyambut syawal. Dari dulu memang tak sedar pun benda tu lebih penting dari baju raya, kuih raya, duit raya dan segala-galanya. Iaitu.... bukan KEMERIAHAN. Tapi... MENGERATKAN SILATURRAHIM.

Tahu tak? Tak sangka tahun ni Najla dan saudara-mara takda ambil gambar secara ramai-ramai. Ada tu memanglah ada tapi bukan yang formal. Selalunya mesti nk ambil gambar dengan warna tema. Tapi tahun ni cincai je hoho.

1 Syawal, Hoho. Orang tengah bersiap-siap untuk raya, Najla punya rambut masih serabai macam pontianak. Why? Sebab 1 Syawal tu Najla dan keluarga belum pulang ke kampung lagi. Sebab saudara-mara raya kampung lain dulu. Tapi takkan tak melawat langsung kampung tu kan? And nasib baik Alhamdulillah bersyukur sangat sebab kampung belah ayah najla dekat. Tangkak ke Bekoh paling lama pun 10 minit.


PERSIAPAN RAYA
Hoho. Takkan taknak cerita pasal ni kan? persiapan raya tahun ni ialah memori yang takkan dilupakan sampai bila-bila.

Najla ni anak bongsu. So memang ada sifat nak tuuuuu nak niiiiiiiii. Tapi tu masa kecil k. Now dh besar (badan je besar) so Najla just minta SATU SAHAJA. Tapi permintaan tu macam mustahil parents nak merealisasikannya.

Maaf sangat-sangat. Now dinding rumah Najla dah cantik. Dah takde lumur kat dinding. Hehe. Sebab apa? Sebab Najla minta CAT RUMAH ni. Ehhh, jangan terkejut. Najla pun terkejut. Najla minta cat rumah woi! Tak sangka boleh terlepas cakap kat ibu selepas beberapa bulan perkara tu tersimpan senyap di dalam hati dan jiwa dan juga benak! Yang.. Najla nak CAT RUMAH! (cuma diluar sahaja. Di dalam tk perlu)

And sudah tentulah tugas ibu menjadi perisik rahsia ayah. Apa-apa masalah anak-anak biasanya ibu yang tahu dulu. hoho. Sebab tu lah terkejut bila masa my father ni tahu yang I nak cat rumah ni? 
Nak upah orang, ingat senang?
Sangat gembira bila ayah setuju untuk catkan rumah. ^_^
Nak bincang warna apa nk dicat pun tak sabar-sabar tau.

Najla cadangkan warna Ungu. Ungu pekat. Tapi... biasalah tak semua orang taste sama. Sakit mata nak tengok dinding!

Last-last, ayah n ibu yang tentukan. Warna tiramisu cantikkan?

4 Hari sebelum raya. 
Lepas Sahur, ibu kata jangan sambung tidur sebab nak cat rumah pagi-pagi. Tapi TERtidur pula.
Najla excited betul nak cat rumah ni. Makeup habis-habisan!

Ayah Najla pernah kata, ayah pun ada rasa nak cat rumah. Tapi bila pandang dinding rumah, Ayah tak sanggup nak cat dinding yang tinggi tu.

Tapi bila anak-anak ayah semangat nak cat, ayah pun naik semangat, kata ayah.

Daripada upah orang cat, baik cat sendiri. Najla dan keluarga cat sama-sama. Memang seronok sangat bila ada pengalaman cat rumah ni. Serius, penat tu memang penat. Masuk dalam rumah je dah pengsan. Lepas tu terjaga masa azan berbuka. haha. 2 hari juga ambil masa mengecat tu. Esok harinya #DecorateHome.

BAJU #Ohlala
Actually, baju tema dah beli dulu sebelum puasa. Tapi tu baru sepasang! So Hari Puasa terakhir tu shopping kat K-MALL, Muar. Najla ada 3 pasang je. My sister ada 5 k 5. -_- Beli online lagi.  Lots of jeolous. hiiii.

Meh, nak tunjuk gambar sikit.

Paling sweet bila Najla sekeluarga ambil gambar sama-sama 1 Syawal aritu.
Purple Theme!

Raya kedua, baru ada salam-salam rasmi. Baju? Dah takde theme-theme dh. Like what i said, cincai-cincai.




Esok harinya, pulang ke kampung belah ibu, Ayer Hitam.
Kat kampung belah sana takda salam rasmi. Sebab ada pakcik najla yang raya kat kampung lain. So cuma salam-salam sendiri je.

Eh. Korang main bunga api tak?
Najla mestilah main! Tapi mercun tak main. Cuma bunga api je..

Yang paling best, entah mana abang Najla dapat Bunga Api Merdeka tu.. Besar k besar! Sangat AWESOME. Yang mahal punya! (Yang Najla pasti, ada banyak lubang)

Apa yang terganggu sedikit, ada Perlawanan Bola malam tu. Alaa, yang MAS vs BAR tu. Ajak main bunga api tak keluar-keluar. Semua duduk depan TV.

Kalau tak percaya sila tengok ini dibawah. :P

Hari Raya Keempat, barulah Najla dan keluarga menziarahi saudara-mara yang lain. Ini part yang sangat best. Macam apa yang Najla cakap, MENGERATKAN SILATURRAHIM ITU LEBIH PENTING DARI segalanya di Hari Raya.

Senyum-senyum, berbual-bual. Biasalah, tak selalu nak pergi rumah ke rumah kan. Selalunya akan terjadi pada Hari Raya je..

Bila sampai setiap rumah, mesti kamera kena bawa. Sejujurnya masa tu Najla malas sangat nak ambil gambar sebab tulah bila Ayah suruh, baru Najla terhegeh-hegeh nak ambil gambar. U__U

Singgahan kami yang paling seronok ialah semasa berada di rumah Wak Leha.


Kat sana sangat seronok. Halamannya sangat luas! Bila masuk je bukan nak masuk rumah dulu.. Tapi singgah jap kat pokok buah rambutan tu! Kait, kait.. Kutiplah buah rambutan tu. Ehemmm. Najla tak mainlah kutip-kutip ni. Sepupu-sepupu Najla yang kecil-kecil tu la yang terlebih rajin nak kutip. Kita tunggu kat tangga then nnti ada budak datang bawa banyak buah rambutan! huhu.



Lepas makan berbilion rambutan, barulah kitorang beriadah. Turun tangga, sarung kasut lepastu pergi dekat jambatan kayu tu.

Panjat-panjat, duduk-duduk, ambil gambar dan blablablabla. Sesungguhnya duduk kat kampung memang sangat seronok. Nak main apa-apa buat je la.

Disebabkan dekat bawah jambatan tu ada sungai kecil, kitorang main baling-baling biji rambutan dekat sungai tuu. Siapa yang paling jauh, taaaaaaaatttaraaaaaaa~ Dialah pemenangnya!

 Hohoho. Nak berlagak tk boleh so nak bagitahu je yang gambar atas ni photoshoot by me. (Sila gelak kuat2)


Macam apa yg Najla ckp. nak berlagak tak boleh so nak bagitahu gambar kat atas ni pon di shoot oleh saya! *Angkat tangan tinggi lampai sambil senyum macam kerang busuk* 

Ambil gambar bersama Wak Leha. Bukan senang nak jumpa. Biasanya Hari Raya kitorang baru dapat ziarah.
Ada lagi satu ni. Masa hari terakhir puasa tu.. Najla dan keluarga baru pulang dari Melaka. Tiba-tiba surat ni ada kat peti surat. 
Nak tahu daripada siapa?

 Taraa~ Surat ini ialah daripada Pihak Blink Book Sdn. Bhd. Ohlala!

Macam mana Najla boleh dapat? Haaa..
Sebenarnya, Pihak KBO (Kedai Blink Online) menyediakan beberapa kad raya khas untuk pembeli di KBO. Maksudnya, siapa yang dah pernah membeli sesuatu dari KBO, Kad Raya inilah yang kita dapat!

Oleh kerana Najla ni memang minat sangat dengan hasil penulisan Kak Ain Maisarah, memang puas betul pujuk ibu supaya belikan buku di kedai blink. Oh-oh, Alhamdulillah.. Ibu benarkan.

Tahu tak Najla beli apa?
Najla beli pakej RM50 iaitu Novel Comel. Murah-murah! Bila ada promosi ni, ambillah terus peluang tu!

Sebab itulah Najla dapat Kad Raya yang SUPER GWIYOMI ni..
Serius. Happy sangat bila dapat Kad niiii :3

Eh, nak promote kejap. Raya ni KBO ada buat PROMORAYA! Banyak potongan harga yang disediakan! Selain itu, 20% diskaun di setiap pembelian akan menanti anda di Hari Raya yang indah ini! Kenapa tercegat kat situ lagi? Jom terjah KEDAI BLINK ONLINE sekarang! http://www.kedaiblink.com (jangan lupa daftar sekali okey?)

Duit Raya anda masih ada tiga angka bukan? Marilah menghabiskan duit raya anda dengan membeli-belah di KBO! Sangat senang memujuk ibu dan ayah untuk membelinya kerana dengan syarat ianya PASTI MENGGUNAKAN DUIT RAYA ANDA! Hohohoho.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

*Ada bakat tak jadi promoter?* :P
Tak sangka promoter ini TERsangatlah kejam. 

I THINK SAMPAI SINI SAHAJA CERITA RAYA.

THANK YOU BECAUSE READ THIS ENTRY.


Sebenarnya nak cerita lagi tapi nnti terpanjang macam jambatan Penang pula kann. hoho. Ada ke penutup cerita raya ni pasal UPSR? Nak buat macam mana kenalah tulis. Baru nampak hardworking upsr nyee. ceh.

Macam mimpilah tahun ni Najla UPSR. Jangan harap. haha tapi nnti akan berlaku juga. Tak lama lagi... Eh bukan! Kejap je lagi... 

Tak sampai sebulan. Patutlah cikgu bagi homework banyak sangat. Tu haa kat belakang ni homework tinggi menggunung bersepah satu bilik kauu. Takpelah Hari Ahad last cuti nnti buat. (Sila tampar saya secara berjemaah :3 )

Bersyukurlah Najla. Awak tu takde extra class. Raya sakan. Eh, tk raya sakan pun. Raya UPSR. ok okey. Raya UPSRlah sangat. 

Entry ni macam lepas UPSR dah takde SPM pula. Macamlah mati kalau UPSR pun. Ehh nak tanya ayat Najla terlalu ganas ke terlebih ganas ek? *Nampak sangat org johor*


Apa-apa pun, doakan Najla! ^.^ Untuk dapat cemerlang dan terbaik. INSYA ALLAH.

Najla janji ini entry terakhir sebelum UPSR. Kalau tak on faham-fahamlah ye cik Najla tengah study. hakhak. kbyee. Assalamualaikum ^_^

Wassalam..

Najla! Najla!
Studylahhh!
Update blog je!
Kaki nak? (Eh nak!)

Comments