Tips : Release your tension


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi. Allah masih memberi peluang kepada aku untuk hidup. Kalau tak hidup manalah nak update entry lagi kan.. 
So, hari ini hari yang amat sesuai untuk aku update entry lagi. :D EH, Tak pernah-pernah pun akubagi tips ni kan tak tahu lah mungkin tuhan bagi idea ni memandangkan zaman sekarang ni ramai gila stress. Stress kerja, stress bercinta, stress bergaduh dan..................stress belajar :p Arghh~ stress :3
So akuu yang tiada pengalaman stress ni nak bagilah tips-tips elakkan dari menge'stress' je. Ceh tiada pengalaman stress ada hati nak bgi tips.

Baca BASMALLAH dulu. Baca doa banyak-banyak supaya senang nak ikut dan Insyaallah tips ni menjadi. Dengan izinnya Allah, aku mula sekarang :)

  1. DOA
    Ya Allah, ini memang sangat penting. Awak, awak tahu kan bila kita stress, yang pertama sekali kita mesti ingat Allah. So kita doa. Bukan dalam solat sahaja kita berdoa malah bila-bila masa yang sesuai. Allah bagi kita hati kan? Sebenarnya berdoa dalam hati pun boleh bukanlah mesti atau wajib pun berdoa dengan mulut. Berdoa dengan mulut berkumat-kamit itu sememangnya lebih jelas sesuatu doa itu kepadaNYA. Namun lebih ikhlas jika dari hati :) Contohnya masa dalam LRT pun, kita boleh memohon sesuatu, meminta sesuatu. Mengadulah segalanya pada ALLAH. Allahuakbar!
  2. BERWUDUK
    "Ehemm, maaf.. One question please..? err. Bukankah berwuduk itu sebelum kita menunaikan solat?"
    Ya. Kita berwuduk untuk menunaikan solat supaya anggota badan kita bersih dan suci daripada najis. Tetapi berwuduk juga boleh mengubat AMARAH dan juga KESEDIHAN. Malah menyucikan dosa.
    Jadi apabila rasa tak selesa atau cepat nak marah ke, Jom kita berwuduk! Insyaallah, akan okey. ALLAH itu maha berkuasa.
  3. DENGAR LAGU
    Ok. Kalau aku tanya kawan-kawan, mesti hampir semua jawab 'dengar lagu'. Nak nyanyi-nyanyi pergi karaoke suka hati hang. Lagu ini seolah-olah meluahkan perasaan kita. Ada lagu sedih, lagu amarah. kan? So pandai-pandai pilih lagu yang boleh buat korang hilang stress tu. aku cadangkan cari lagu sedih-sedih :3 Sebab daripada air mata pun kita boleh lega. Lagi best kalau lagu rock macam HEART ATTACK by DEMI LOVATO. Lagu tu you nak jerit macam orang gila pun takpe. Lagi satu STAND UP by J-Min pun boleh tahan tau. Nak pecah telinga dengar lagu.
  4. PERGI TRIP
    Untunglah siapa stress terus pergi trip. kalau macamtu hari2 la stress ye :3 (Ok, ayat ni minta penyepak, penampar, penumbuk buku lima) Kalau orang muda-muda macam kita, (muda ke?) Of course pilih tempat yang adventure gila-gila kan. Tapi tak semua orang lah, ikut taste. Aku cadangkan korang pergi fun fair tepi jalan pun dah cukup. Bukan apa, murah sikit. Janji ada permainan yang laju-laju gila tu. (Bestnya!) Nak pusing 360 darjah laju-laju sampai pengsan! (Wah :D) Kalau nak pergi Genting Highlands lagi OK. Ada roller coaster! Aku cadangkan juga pergi mendaki gunung Kinabalu tu. Dah sampai sana jeritlah kuat-kuat okey!Terserah nak pergi mana asalkan jangan ada niat yang buruk!
  5. LUAHKAN SEGALANYA PADA SESEORANG
    Am I true? Rasanya ramai juga orang buat macam ni. Yang paling penting, cari orang yang dipercayai! Kena betul-betul pastikan org tu baik depan dan belakang. 100%. Takut bila sudah luahkan, nnti dia tak tepati janji dan sebarkan cerita korang tu. Bahaya orang macam tu. So pastikan cri org yang dipercayai dan luahkanlah~ Baru puas hati korang. Lega sikit. Tiadalah sorang-sorang pegang beban tu. Tapi kalau nak lebih selamat, baik luahkan sorang-sorang. Luahkan dekat dinding bilik korang tu. Insyaallah!
  6. MENARI
    Seronok tau menari! Buka youtube, download cerita hindustan. Lepastu masuk bilik. (Pastikan kunci pintu, haha) Buka video lepastu step by step, 1 2 3, ikutlah rentak dia menari macam mana~

    Ataupun buka lagu K-POP, Tarian SNSD, F(X), SOJU, EXO and else~ Mesti daebak! Lagi2 tarian F(X) Electric shock, RUM PUM PUM PUM! Puas hati kan?
  7. RUNNING MAN
    Ketawa memang membuatkan kita lupa pada masalah. Jadi korang carilah cerita-cerita yang memang lawak dan seronok! RUNNING MAN lah penyelesaiannya.. Selain tu, boleh cari variety show yang lain macam FAMILY OUTING n blablablba.
  8. KELUAR BERSENAM
    Bersenam, membuat regangan dan berlari juga adalah salah satu cara release tension yang baik malah di samping itu boleh menyihatkan badan. Pernah tak orang berlari atau bersenam, dalam masa yang sama memikirkan masalah? Tiada kan? Jadi cubalah~ It's good to you. Mana tahu tiba-tiba boleh pecut laju macam Usain Bolt.
  9. KAWAN
    Hidup ini tak ceria kalau tiada kawan, awak :)
    Dioranglah yang selalu buat kita happy betul tak?
    Bila stress, kawanlah pengubat kita. Apa maknanya kawan?
    Sebab itu bila Allah kurniakan kita kawan, saudara seagama dengan kita, kita mesti gunakan mereka dengan baik. Jangan sia-sia kan semuanya.
    Bergelak-tawa dengan kawan memang saat yang paling indah dalam hidup ;)
  10. MAKAN SESUATU YANG TIDAK PERNAH MAKAN
    Selama ini tak pernah makan makanan ini.. Asalkan jangan makan makanan yang haram! Contoh k contoh. Teringin nak makan sushi :3 (Tapi kalau muntah korang punya pasal) Teringin nak makan korean food, ttyeobokki-kimchi terlebih pedas-kimbap-hoddok(hoddok ini macam dalam star king aritu. Serious teringin nak makan!) Mungkin something yang korang nak makan sangat-sangat boleh hilangkan rasa stress tu. Biasalah, gembira tidak terkata, terus tak ingat.


    I am not sure this tips will be alright. Insyaallah okey. 10 CUKUP KAN? Harap dapat membantu korang. Ini pun untuk aku sendiri juga.

    Kalau ada yang tersalah atau tak betul, bolehlah komen ye :) Ataupun nak tambah lagi~ SHARING IS CARING. :D

    Sekian, Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarukatuh.
Tq for your reading

Comments