Tutorial Cara letakkan header dalam blog/dapatkan url header

Okey Najla nak buat tutorial yang direquest oleh kawan Najla, Farah Wardina Putri.

Kejadian itu berlaku semasa kami berada di dalam bas. (semasa program lawatan sambil belajar)
Ohya, sememangnya peminat tegar Chanyeol EXO ni tempat duduknya di belakang Najla. So alang-alang tu ada peluang kan bolehlah dia tanya XD

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Chanyeol's crazy fan : Najla, boleh tak awak buatkan tutorial cara letakkan 
                                  header kat blog? Nak sangat2.*sambil buat muka comel*
                                                     
Me                            : Ok. Insyaallah kita buat.

Chanyeol's crazy fan : Tolonglah Najla... *buat muka comel comel gila tuu*

Me                           : Ok okey. Insyaallah... Insyaallah kita buat.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Okey so jom start! Yang lain selain kawan Najla tu pun boleh ikut sekali. Mungkin ini berguna untuk korang if ada yang masih newbie lagi. :) *PERHATIAN, semua gambar yg ada dlm entry ni kecil jadi jangan malu-malu kucing nak click gambar untuk tumbesaran yang sempurna!
CARA MELETAKKAN HEADER DI DALAM BLOG

  1. Mula-mula, korang mesti ada header yang korang nak letak dalam blog korang. Korang boleh dapatkan di freebie ataupun korang buat sendiri header tu.
  2. Contohnya Najla ambil header ni untuk letak kat blog. (btw najla pernah bgi freebie ni kat stuffy dulu)

Dashboard ---> layout ---> Header (Sebelah header ada perkataan 'Edit' kat hujung tu kan.. click ok)



Bagi yang header dia dalam file, korang thick kat From your computer: , dan click 'choose file'. Lepastu pilih header yg korang nak.

Bagi yang tak save dlm file, korang pun boleh gunakan image url header tu. So thick kat From the web. Paste an image URL below. Lepas tu copy url header korang dan paste kat kotak kosong tu.

Dah siap, tekan save!
You're done :)

ATTENTION PLEASE ATTENTION. ATTENTION AGAIN.

BAGI PENGGUNA BLOGSKIN!!!

Sudah maklum, tentulah template korang lain daripada yang lain. Luar biasa sungguh.

Jadi meh sini I ajarkan :)
  1. Dashboard ---> Template
  2. Gunakan fungsi Ctrl+F dan cari </style> atau <head>
  3. Kat bawah code tu mesti ada code ni,
     <center><img class="header" src="URL HEADER KORANG" / ></center>

  4.  tukar url header  korang yang lama tu kepada yang baru.
  5. Preview, save.

    Your're done. 

ATTENTION ATTENTION ATTENTION AGAIN AND AGAIN~
Alang-alang ni kan, apa kata Najla selitkan TUTORIAL CARA MENDAPATKAN URL HEADER. 
Ala-ala 3 in 1 gitu.

Kat dunia blogger ni.. bermacam-macam cara blogger nak cantikkan blog.
If ada yang edit header dia kat photoshop tapi blognya menggunakan blogskin, dan tak reti nak cari url header yg dh diedit olehnya, boleh belajar kat sini okey. Jom!

Najla cadangkan korang guna http://photobucket.com .

  1. First, buka laman sesawang http://photobucket.com.
  2. Log in dulu tau. Bagi yang baru first time buka, boleh sign up.
  3. Sekarang nak upload header yang korang dh edit dan save kat file. So bila dh dapat log in, tekan UPLOAD.
  4.  Tekan pula yang Najla tunjuk kat dalam gambar ni.

  5.     Pilih header/gambar yg korang nak dan tekan Open. (Sila rujuk gambar di bawah jika tak faham)



  6.   Lepas tu tunggu kejap. Loading.. Bila dah muncul perkataan macam dlm kotak merah kat bawah ni, baru tekan View Uploads.                              

                               
Then, dia akan keluar header/image yang korang upload tadi kan.. Dan dekat sebelah gambar tu, ada satu kotak macam dlm gmbr ni. Tekan kotak putih dekat IMG tu dan serta merta dengan automatiknya, dah url header korang dh dicopy..
                           

Lepastu bolehlah korang letakkan url header tu dekat salah satu Cara Letak Header yg Najla dh ajar tadi kan :) Now, you're done!
PSTTTT~ now Najla nak ajar cara yg lebih MUDAH! Selama ni, Najla gunakan kaedah ini dan sekarang Najla nak kongsikan dengan korang. SHARINGkan IS CARING~ =D
  1. Dashboard---> New post.
  2. Upload header/image yang korang nak.
  3. Dah upload, RIGHT CLICK ok...
  4. Dalam banyak2 pilihan, click 'Copy image URL'
Now korang dah dapat url image tu :D
Lepas dh copy url header tu korang boleh buang balik new post tadi ataupun save kat draft je.
Lepas tu bolehlah paste kat ruangan letak header tu.. Senang dan sangat mudah kan?

Tak payah nak sign up photobucket bagai! 

Okeylah. Cukup setakat ini sahaja Tuto 3 in 1 nie XD
Harap berguna dan membantu ye Farah :) dan org lain yg gunakan tuto ni.

Sekian, terima kasih! Assalamualaikum, papai.
Tq for your reading

Comments

Post a Comment

لسّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sila komen dengan baik kerana Allah sayang orang yang baik :)