RESULT UPSR 2013

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
14 November 2013

Ya Allah, tahu tak? Betapa takutnya nak tengok keputusan UPSR. Sangat. Tapi rasa excited tu lebih daripada rasa takut. Kalau boleh, datang pagi-pagi masuk pagar sekolah je, dah dapat keputusan. Memang boleh terkena serangan jantung kalau tiba-tiba ada cikgu dah bagi slip siap-siap!

Ok. Serius tak takut sangat. Sebab saya dah sedia. Dah sedia nak tahu keputusan. Takut-takut dan rasa berdebar dupdapdupdap tu datang bila tengok muka kawan-kawan yang lain je. Masing-masing macam nak balik rumah!

Saya ada kata-kata semangat yang boleh hilangkan rasa takut tu. Sebab tulah, bila risau tu datang, saya akan tenang semula. Ok. Kita terus straight to the point, ya?

Malam result upsr tu, saya duduk kat bilik sorang-sorang. Tiba-tiba ternampak satu buku nota ni ada kat atas meja. Apa lagi? Keluarkan pen kesayangan. Saya ni suka sangat meluahkan sesuatu melalui kertas. Kertas yang kosong takde makna, tiba-tiba boleh berubah menjadi beribu-ribu makna pengertian.




Saya kuatkan diri dengan tulis semua ini. Ready. Sediakan payung sebelum hujan. Kena terima semua tu. Takut terlalu yakin dan tak dapat, seribu kekecewaan yang akan rasa. 


Malam tu kan, ibu dah ready minta nombor angka giliran. Memang dah agak sangat-sangat mesti ibu guna SMS punya tu! Sebab tu bila balik rumah je, semua buat rilek-rilek je depan orang. Bukannya nak tanya! Abang pun bukan main berlagak cakap, "Dah tahu lama dah. Sebelum result keluar." Cis. Haha!

_____________________________________________________________________________

Saya, Dania, Syafinaz, Intan dan Syafiqa, memberanikan diri duduk di baris yang paling hadapan. Memang syok gila wa cakap. Dapatlah tengok muka-muka kawan yang berjaya tu kan. Especially reaksi diorang. :) Rasa nak nangis pun ada bila tengok kawan-kawan yang lain berjaya tu nangis. Tak tahu. Mungkin happy sangat bila tengok kawan-kawan berjaya, kan? :D

Dah dapat keputusan tu... Taklah sedih. Tapi gembira. Sebab apa yang buat saya gembira tu..




Ayat tu, yang kadang-kadang nak nangis bila teringatkan. Separuh nak nangis. Separuh yakin. Separuh menerima dan separuh lagi rasa nak balik rumah. Tapi tulah, rasa menerima tu kuat sangat kat badan. Ayah pun dah pesan, terima je. Sebab tu semua Allah yang bagi. Dan setiap apa yang Allah bagi tu, TERBAIK buat kita! Sebab tu bila nama saya dah memang out daripada senarai yang cemerlang tu, rasa okey je. Tenang.

Syukur Alhamdulillah bila dah dapat result tu, barulah senyuman tu boleh terukir. Senyuman kegembiraan. BUKAN KEKECEWAAN ATAU KESESALAN. Lagipun dah tak guna kalau nak nangis. Serius, terima je.


Ya. Walaupun tak berapa cemerlang, tapi saya berjaya dapatkan A. Serius. Lagi happy bila nampak kawan-kawan yang berjaya tu. Tahniah korang! Atas usaha-usaha gigih korang, doa-doa yang tidak putus daripada orang kesayangan, korang berjaya mendapatkan 5A dan 4A1B! Tahniah Wawa, Eicha, Fawa, Un, Trisyia, Nut, Kakyah dan Thirah! Yang lain-lain tu pun, Tahniah diucapkan. ^_^ Alhamdulillah, syukur pada yang maha esa.

Dan Dania, Tahniah juga sebab berjaya dapatkan yang terbaik juga! For Syafinaz, awak memang hebat sebab berjaya dapat A bagi matapelajaran yang susah awak nak dapatkan tu. Serius, Cikgu sendiri pun kata awak hebat! Intan, La Tahzan. Semua itu terbaik. Kita baru di fasa pertama. Belajar tu dimana saja. Sehingga 10 tahun akan datang lagi pun kita belajar. Tak putus tau ilmu tu kalau Tuhan nak bagi! :)


Tamat sudah pengajian saya di SKST selama 7 tahun. Insya-Allah, segala jasa-jasa cikgu takkan saya lupakan. Tahun depan, dah masuk sekolah menengah. Rasa tak sabar semua ada. Sedih sikit. Sebab kenangan berada di sekolah tu semua masih segar dalam ingatan. Macam mana saya kenal kawan, macam mana boleh membaca dan mengeja. Kena marah dengan cikgu, kena membebel. Semua tu la. Memori pahit dan manis. Macam mana diorang rasa cupcake saya, macam mana boleh tercampak kat kelas lain, macam mana bunyi riuh-rendah pelajar mengalahkan pasaraya tu.. Macam mana perasaan kali terakhir guna bilik makmal komputer sekolah tu, buat cerpen last minute tanpa cikgu. Ya Allah, sebak pula. Insya-Allah. Insya-Allah. Insya-Allah. Segalanya dipermudahkan. 

-Layak ke dapat hadiah daripada keluarga?
Dulu bukan main berangan kalau dapat 5A, nak ni, nak tu.
Tapi bila dh dapat result, serius nak minta pun tak nak. 
Malu. hehe.
Tapi keluarga masih bagi peluang. Tak yang mahal tak yang melampau-lampau.
Insya-Allah.
Let me think first. Buntu buntu buntu.

SDEA .. Doakan saya! 


"APA YANG ALLAH BAGI, SEMUA ITU TERBAIK."

Happy girl with her result,
-Najla Najihah binti Azman-


Tq Khamsamnida Xie Xie Arigatou. Bye!

Comments