#MEMORI 1

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum. Hi u'olls!

Tajuk arini bukan main. Memori-memori bagai tu. Setiap orang ada kisah masing-masing, ada kisah yang pahit macam kopi tu. Tapi saya tak mau cerita sedih-sedih. Ingat diari ke? Kalau ye, baik capai pen bukak buku diari ._.

So saya nak ceritakan memori yang sangat manis. Dan sesuatu memori yang tiba-tiba... masuk dalam kepala otak beberapa jam yang lalu. Sudah pasti itu berharga. Sebab tu tiba-tiba terimbas detik silam tu kembali. Buat rasa nak senyum. Nak nangis.. Macam-macam dugaan yang telah kita rempuh dari dulu lagi. Setiap masa pasti ada cabaran yang Tuhan beri. Kita tak perasan. Sometimes kita dapat cabaran yang sukar... Itu memang berat. Tapi bagaimana dengan cabaran yang ringan? Masa nak kuak pintu pun boleh dikatakan ujian. Tangan kita berminyak atau basah masa nak pegang tombol pintu? Rasa leceh, kan? Tapi sedaya-upaya juga kita cuba buka pintu. Usaha juga kita pergi lap tangan. Itu pun ujian.. ujian..

So inilah yang dikatakan memori. Memori yang takkan pernah hilang dalam hidup. Tapi ada orang tak merasa. Kita ni yang ada.. bersyukur sangat.. Bahagia itu sangatlah indah .. :) Pahit itu mungkin sementara. Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Yelahh. Manusia hidup.. akan mati. Kalau masalah tu masih belum dapat tangani, itu maknanya Allah belum izinkan kita senang. Mungkin esok hari? Mungkin setahun lagi? Ya sudah pasti kita tak tahu. Kadang memori pahit tu yang kita tak susah sangat nak lupakan. Tapi percayalah, kebahagiaan itu dapat memudarkan kesakitan.

Sebelum saya jadi penceramah tak berbayar, baik saya mulakan.. atau anda akan mengantuk dan menghentak kepala bagai nak gila. Okbai. Kita mulakan sekarang.. Bismillah..

KELUARGA BAHAGIA...

I miss this. A lot. Tapi dulu kecil lagi... Memang tak feeling nak layan. Kegembiraan. Gelak-tawa. Rindu. Sangat. U_U

Waktu dulu..
Keluarga di sebelah ayah.

Ada pak cik, mak cik, arwah atuk, arwah nenek.. Ada sepupu yang sporting gila :) Uishh.. Nak buat macam dulu. Tapi dah tak de port pula.

Biasanya kita mesti ada sepupu yang paling kita rapat, kan? And yeahh. Ingat hang je ada? Aku pun ada? :P I have two. Haha Ohmai kecil je. Setahun lebih muda dengan sorang lagi tiga tahun lebih muda. Tu geng saya. Makan sama-sama. Main masak-masak sama-sama. (Ok btw tu dulu.. ) Main Jambatan Sudah Roboh~~ Sudah Roboh2x~~ Jambatan sudah roboh.. Hari ini..~ (I miss this game too. Alangkah dapat main lagi.) Belalang belatuk, Galah panjang.. Seronok sangat main ramai-ramai! Korang mesti pernah juga kan?

Maybe masa tu semua boleh dikatakan 'belum matang, atau belum cukup besar ataupun.. nak menghabiskan masa berseronok sebelum terlewat. Err pun boleh' . So memang enjoy gila betul layan budak-budak macam kitorang ni main. Pertandingan Menari! Yeahh! Serius takkan lupa! Lawak gila! Main pukul 12 tengah malam kau! Yee sememangnya port kitorang sangat luas dan tempat lepak dari kecil lagi. Tempat kucing berak merata. Haha. Ruang tamu tu besaq. Tempat favourite. Nama singkatan 'depan'. Tempat ambil gambar, tempat salam hari raya, tempat main kejar-kejar.

Selain Pertandingan Menari tu, (Hello i'm 2nd kehkeh)
Ada macam-macam lagi.

  • Lakonan genre seram

    Ya Allah, permainan ni laa yang selalu sangat kitorang main. Malam-malam wehh. Tutup lampu, lepastu jerit-jerit. Kena sound lagi. haha.

    Tu masa saya 5 tahun. Tapi bila dalam 8-9 tahun, yang besar-besar dah tak main. Ada 6 orang je yang main. Tu pun sekolah rendah je. haha. Rakam guna phone dan masing-masing ada watak sendiri. Ada yang kena jadi hantu pakai kain putih, saya pula pegang watak 'orang yang baru pindah rumah' kena kacau hantu tu. So we had a lot time to do something that make we happy. Lagi-lagi yang funny gila.

  • Kena kejar anjing. Serius, takkan lupakan!

    Ini lawak. Sebab kebosanan melanda dan teringin nak makan jajan, kitorang dengan suka ria gembira tanpa dustanya pergi berenam sambil jalan kaki. Jalan keluar nak ke kedai hujung, teramatlah panjang. Sambil diiringi parit yang ada ikan tu.. Kitorang memang sejak azali lagi dah tahu kat kampung ada anjing liar. So sebelum bertolak, kitorang kutip beberapa biji batu dan cari kayu. Selesai je, dengan hati-hati... perlahan-lahan.. kitorang jalan.

    Yeahh dah beli jajan. Memang sukalah kan dapat shopping sama-sama. Bersuka ria bersama sama~~ Haha lawak. Dah separuh jalan, tiba-tiba..

    'ANJING!!!!'

    Dengan tiada lagi kesopanan dalam diri. Dengan kayu dan batu-batu sebagai senjata kecil, dengan jayanya...!

    Kitorang pun bawa benda tu sekali berlari lintang-pukang! Dua ekor anjing! Mana nak lawan! Yang kecil dipimpin tangan. Lari nak setanding Usain Bolt memang tak dapat -_- Kitorang dah jerit-jerit macam pontianak so nasib ada penyelamat tengah tunggu kat depan. Alhamdulillah, check tangan check baju takda yang koyak. haha. tercungap-cungap masuk rumah!
  • Main model-model

    Jangan ketawa! Okey? alahh biasalah budak-budak :P Kampung sana, satu tanah, ada 3 rumah. Dan 3 rumah tu semua milik keluarga belah ayah. Seriously bebas gila nak buat apa. nak pergi mana suka hati. So kalau port ruang tamu tu ada orang, kitorang boleh main-main kat rumah lagi satu. Luas juga. Bila nak main model-model, panjat je kabinet kosong tu. Then buatlah posing gaya maut. Siap ada fliying kiss bagai. haha. Tempat berlatih menari. :D
  • Tengok Movie ramai-ramai

    Duduk depan tv yang kecil tu pun rasa macamwayang. Memang sangat best! Dari duduk atas lantai smpai kerusi smpai katil pun ada. :) Lagi-lagi cerita seram. Haha tak tahu ah nape cerita seram seram ni jugalah yang selalu tengok. Maybe ada ramai orng? Siap sediakan bantal lagi tu.. Ahhhh nak tengok tv ramai-ramai lagi. Saya rasa, baru tahun ni atau tahun lepas.. kitorang tengok Running Man ramai-ramai! Syok! Gelak sama-sama. Itulah kali terakhir kitorang dapat tengok tv sama-sama.
TERLALU.. BANYAK KENANGAN YANG INDAH. I MISS THAT MOMENT. KALAULAH BOLEH JADI MACAM HAHA. DIA YANG MENGAWAL MASA!! Uhh bolehlah juga main. heee. Tapi tulah.. Masa ialah benda yang paling jauh daripada kita. Sangat jauh. Terlalu. :) Kalaulah boleh up semua tu balik.. Macam dulu.. Mesti hidup lagi kegembiraan tu. Tapi sebab masing-masing dah tumpu pada masa depan dan pelajaran. Masing-masing dah besar.. Terasa jauh pula kenangan tu. Dah berapa tahun tak ingat memori ni.

Kalau balik kmpung pun, dah tak boleh main macam dulu lagi.. Tak boleh.. kot. rasanya? Yelah.. Rumah tu dah tak berpenghuni lagi. Jadi ada sekolah tahfiz yang ambil alih. Dijadikan asrama kepada pelajar. Alhamdulillah, takdelah rumah tu terbiar macam tu. Atleast, ada juga orang duduk.

Sebenarnya.. banyak lagi. Banyak. Kenangan yang ada tu.. Biarlah berpahat dalam memori ni saja. Sampai bila-bila.. InsyaAllah :) 
Thank you for your reading. Yang dah baca, buatlah enrty macam ni. Jangan lupa hashtag! #MEMORI
hehe. Lepas ni saya nak banyakkan lagi buat entry #MEMORI. Next will be #MEMORI 2. Then Memori 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 and 10. Haahh! Macamlah banyak sangat -.- ok, bye.
Perindu memori,
Najla Najihah   
 
Tq Khamsamnida Xie Xie Arigatou. Bye!
 

Comments