IM SO LAZY TO WAKE UP AT THE MORNING AND BLABLABLA

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

 Assalamualaikum. Oh yaa. terlewat pula. Maaf. Izinkan saya berucap sekejap. *pasang mikrofon*

Annyeonghaseyo, 2014! 2013, Shuhhhh shuuuhhhh. hehe

Jangan tanya lebih baik terus kepada point okey.. okey? Fahimtu? Okey, bagus. Tepuk tangan untuk diri sendiri yaaa.

Walaupun rasa teruja nak ke sekolah tu memang over excited, tapi sememangnya pasti dan sah lagi sahih kepastiannya, ada beberapa perkara yang menjadi penghalang dan juga halangan dan juga tiba-tiba menyibukkan diri menjadi pagar penghalang.

Alhamdulillah. Bersyukur pada Allah :)
First time masuk sekolah menengah, memang tak payah nak berteka-teki sangat. Semua orang akan rasa berdebar-debar tahap yang melebihi kuota, melebihi maximum, melebihi tahap yang tertinggi, setinggi gunung yang mencakar langit. ehh gunung cakar langit ke?? -,- (Pebenda soalan kau tanya ni najla) Ehhh lets continue.

kat sekolah je form 1. Tapi masih 12 tahun. Masuk bulan tiga nanti, haaaa barulah angka 3 tu muncul.

Teruja kat rumah, nervous masa dah smpai sekolah. Memang macam nak balik rumah je laa kan. Tapi sebab dalam hati ni kuat nak memulakan persekolahan, ohhh saya cuba memberanikan diri. Sudah niat nak belajar, so yehhh lets ready to go to the school. Mental dan fizikal pun sama kena letak balik kat diri ni. And yang paling mengerikan..yang paling mengerunkan.. yang hampir 100% murid-murid geleng kepala minta dijauhkan... SUDAH TENTU. (AMARAN KERAS : SILA BACA TULISAN YANG DITEBALKAN DENGAN BISIKAN YANG PALING MENGERIKAN)  Ehemmm ehem... ready? Okay so just hold down we're scrolling down...

V

V

V

V

V

V

 I T ' s H O M E W O R K . . . .  

Silalah jerit macam anda tengok cerita hantu yaaa. hehe. However, itu memang kerja kita sebagai seorang pelajar. Mana ada sekolah yang tak belajar? Kalau ada sekolah macam tu la kan, baik buat funfair. Ishhh habis cikgu-cikgu jadi penjual teddy bear dengan token pulaa. Harap-harap tak terjadi pula ya :p

Dah namanya sekolah. SEKOLAH. Bukan TAMAN TEMA yaa kawan-kawan. Rasa-rasanya lah kan.. kalau terfikir cita-cita dan masa depan kita, baru boleh dapat belajar dengan lebih baik lagi. Setiap hamba Allah semuanya ada kemahiran masing-masing. So lets be good girl and try your best as a student. Ambil kemahiran tu sebagai semangat dan kekuatan, juga pendorong buat kita untuk terus ke depan. Tapi biarlah dari segi yang BAIK-BAIK. BUKAN YANG HINA DAN YANG BURUK

Bila terfikir balik sepanjang hari persekolahan ni, dapat rasakan yang kita belajar untuk menuju kejayaan dan masa depan. Ianya bukan setakat belajar, tetapi untuk mengasah bakat yang ada dalam diri. :)

Yeahh walaupun agak susah untuk membiasakan diri di alam sekolah menengah, tetapi peranan guru tu membuatkan kita rasa seronok dan semakin seronok untuk ke sekolah. Ada kawan, ada cikgu yang sporting. Barulah enjoy belajar. Memang 70% pelajar tak suka sangat if belajar dalam suasana yang tegang. LAGI-LAGI BELAJAR SAHAJA. Pelajar akan lebih seronok dan rasa enjoy if belajar dalam keadaan yang exciting. Masuk kelas nak belajar, yang pertama sekali mesti ada gelak-tawa. Kedua, kalau tak kenal antara satu sama lain kena kenal dulu. Baru boleh belajar. Sekurang-kurangnya cakap sikit-sikit then belajar. Kalaulahh masuk kelas terus dipinta buka buku dan terus belajar, ohhh terasa 'argghhh stress' betul tak?

Ketiga, semasa sedang belajar, sepatutnya diselitkan sedikit lawak jenaka. Ini supaya para pelajar tak rasa bosan. Habis tu? Menguap sepuluh kali pun buat tak tahu.. haha. Memang nak tido laa.

Mula-mula, masuk sekolah memang rasa tak seronok. Yelahh, macam-macam yang dilalui so rasa down pula. Tapi takpe, teruskan semangat tu. Tak lama tu dah boleh biasaan diri dan mula rasa 'ehhh bestnyaa'! Lagipun memang sangat best bila ada ustazah bahasa arab saya, yang suruh memperkenalkan diri masing-masing menggunakan Bahasa Arab. Kena beranikan diri tanya 'Ma Ismuki?' 'Anti Aisyah?' 'Ana tilmizatun.'

So now saya dah hafal dan ingat semua nama-nama classmate. Wajah pun dah.  Insya-Allah, akan pahat di kepala ni sampai bila-bila.. ^_^v

So azam tahun ni memang dah tersenarai. Tapi dirahsiakan :p Alahh, sama je macam korang semua kot. Sama je sama je setiap tahun tulis 'Nak belajar betul-betul, nak score exam, nak bersungguh.' Insya-Allah, dapat buat.

Saya ambil Aliran Agama. Bahasa Arab ialah subjek yang perlu dapat A. Memang diwajibkan bertudung labuh. Alhamdulillah~ :D So doakan saya berjaya di dalam pelajaran dan juga PBS yang cemerlang.. Amin..

Lets think positive. Cause it will be postive around you.. If you're just take it hard and negative, so yahhh. Terimalah negatif itu pada diri sendiri. Nota diri. nota untuk semua. Jaga hati, jaga diri, jaga Iman :) Assalamualaikum...

P/S : Arghhhhhhh bangun pada pukul 5:30 amat aku tidak suka. Kalaulah sekolah bermula pada pukul 9, ohhh terbayang kenikmatan sewaktu tidur. Zzzzz~ Okey byee smbung tidur. (Ehhh ni apa citaaa XD)

Comments