Seminar Novelistar with Ain Maisarah, 2014

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum. :)

Hai.
Hari ini baru ada mood mahu mengupdate blog yang nampak macam ketinggalan zaman batu ni. Entah kenapa masuk tahun 2014 sahaja, mood blogger tu hilang pula. Walaupun ada macam-macam cerita yang Najla nak kongsikan. Tapi akhirnya terbiar dengan penuh misteri dan tanda tanya! --' Yalah, Dulu beria-ria nak update pasal trip kat USS, tapi hmmmm entahlah. Malas kut.

okay, nak bagitahu... Najla bercerita di entri kali ni, bukan guna ayat skema, tapi menggunakan cara penulisan novel yang Najla dah belajar semasa di seminar tu. So, alang-alang tu.. apa salahnya, menulis dengan cara penulisan novel.

1 MAC 2014
Semangat yang membara-bara ini membuatkan aku terlebih teruja. Entah lena ataupun tidak sewaktu tidur. Lagu Gwiyomi yang bunyinya sekuat hentakan bumi akhirnya dapat menyedarkan diriku. Tanpa berfikir, aku terus turun daripada katil, mulai mengorak langkah menuju ke bilik air sambil membawa tuala yang disangkut di bahu kananku. Hmm...baju? Sudah ada! Peralatan ke sana? Pasti tersusun kemas! Diri? Haa! Bersihkan diri dahulu ya! "Yes! Tidak sabar rasanya!"

8:25 a.m.
Pinggan yang penuh dengan nasi lemak tidak berjaya membuatkan aku berselera. Namun, aku perlu makan juga! Walau apapun yang terjadi, badan mesti bertenaga dan kuat. Bukannya tiada selera. Pendaftaran pada pukul 8:00 pagi! Seminar pula bermula pada pukul 9:00 pagi. Debaran di jiwa semakin kuat bunyinya, bukannya apa! Takut tidak sempat apabila melihat nasi di pinggan ibu dan ayah masih penuh tidak terusik!
"Ibu, ayah... Jela rasa nak terbang sahaja ni!"

8:40 a.m.
Tanganku sejuk bak salji, menarik nafas tidak henti-henti, di dalam lif hanya kaku berdiri, akhirnya pintu lif terbelah dua menampakkan staf blink yang menanti. Wah, sudah nampak kak Izanor Sharif yang pretty!

Bila Najla melangkah masuk sahaja di Dewan Aminudden Baki itu, hati bagaikan melonjak setinggi-tinggi KLCC! Memang betul, rasa nak lompat bintang kat situ pun boleh! Alhamdulillah, tahap excited tu masih dikawal. Yalah, hampir semua penulis Blink Book ada kat situ! Siapa tak teruja? Azanil Fitri, Aman Wan, Izanor Sharif, Eima Manan, Alam Anuar, Ira Hazira (Penulis baru), Jumie Jain, Aja Fazla (tetapi Abang Fazla sahaja) , Abang Kebo pun ada!

Bahagian depan dah penuh. Ada satu kerusi yang kosong di bahagian belakang. Cepat-cepat Najla jadikan hak milik Najla dahulu. Heeee. Duduk terus sahaja, terus bibir ni terukir, tanda salam perkenalan kepada dua orang lagi di sebelah Najla. 11 tahun tu. (Tapi... aku dah 13 xD) Hazirah and Aina.

Tak lama tu, seminar pun bermula. Pengurus program ni, Abang Fazla yang merupakan penulis novel Projek Cupcake, memulakan ucapan ringkas.

BLINKERS=Pembaca buku Blink Book. Ya, maknanya yang hadir seminar itu adalah BLINKERS!


Kumpulan?
Yup, kumpulan! Setiap kumpulan, ada 6 ahli. Kak Ain kata, tidak perlu dibahagikan lagi kerana hanya mengikut urutan meja yang telah ditetapkan. Setiap baris ada 4 meja. Jadi, 2 meja dijadikan 1 kumpulan.

And yeahhh! Setiap kumpulan of course sangatlah perlu ada mentor! Alhamdulillah, mentor kami ialah Abang Azanil Fitri, penulis buku siri Hero Sri Bangsar! Nama group ini pula ialah....
 THE WONDER BLINK!
*Sempat-sempat je tutup muka*

TIPU KALAU CAKAP TAK SERONOK.

Ini Kali ketiga Najla dapat berjumpa dengan penulis novel remaja paling terkenal dan paling tercomel abad ini, Kak Ain Maisarah. Aloooo, suka sangat dengar suara Kak Ain yang comel tu. Tuan Syaizul Amal pula selalu buat lawak dan memeriahkan lagi seminar tu. 

Belum mula lagi seminar tu, blinkers sudah diberi swiss roll dan gula-gula. Sebab nak berkursus ni tak boleh stres, suasana tak boleh tegang. Kita nak belajar mesti happy dan tenang. kan?

Ohya, lupa nak bagitahu. Seminar ini diadakan pada pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Ditempatkan di Wisma Sejarah. Nak dicerita, Najla ini duduk di dalam Negeri Johor. Jauh memang jauh. Tapi sebab tak nak lepaskan peluang ni, ibu ayah sanggup stay 1 malam kat KL. Yup! Sebelum hari seminar ni bakal tiba, Najla dah sampai KL ni awal-awal lagi! Esok paginya, hanya jalan kaki ke Wisma Sejarah, sebab Najla stay kat Hotel Putra KL :) 

Kos Bayaran seminar ini sebenarnya boleh kata lebih murah berbanding seminar di luar. Awal-awal lagi Najla sudah pujuk ibu, sebab bayaran pada masa awal hanyalah RM150. Harga sebenar ialah RM200 ataupun RM250. So cepat-cepat Najla rebut peluang tu. Satu hari tu, tak tahu apa-apa, ibu kata "DAH BAYAR". Tahu tak? Rasa macam kena serangan HEART ATTACK je! 

Kos bayaran yang ini sememangnya sangat berpatutan. Bila masa Najla nak jelaskan kat ibu, betapa hebatnya seminar ini dijalankan, ibu dah kata dulu... "Ibu tahu harga ilmu itu," -Ohhhh untungnya dapat ibu yang memahami ini! Ya! Banyak sangat ilmu yang boleh dapat kat seminar ni. Membuatkan cita-cita untuk menjadi novelis ini semakin membara-bara lagaknya. Ibu bapa pun kenalah sokong anak-anak, bukan begitu?


sambung balik...
Selama beberapa jam teliti mendengar slot-slot yang dikeluarkan, akhirnya ... masa untuk rehat! 
Tahu blinkers yang datang seminar ni dapat makan apa?

KFC!

Sebenarnya makanan ini kena tambah RM10 dalam bayaran seminar. Kalau tak nak pun tak mengapa. Tapi hampir semuanyalah malas nak bawa makanan sendiri. hihi. Hebat kan? Seminar lain ada ke nak belikan kfc? ada? ada? *angkat kening*

Lepas makan, blinkers solat. Lepas solat tu boleh buat suka hati, nak beli buku boleh, nak ambil gambar boleh, sebab penceramahnya belum sampai lagi. 

Setiap apa yang blinkers belajar, mesti ada aktiviti perbincangan bersama kumpulan. Contohnya lepas dah beri idea masing-masing, we all just need hantar satu wakil ke depan untuk membentangkan. Siapa cepat yang ke depan, nanti dapat coklat! Aktiviti terdiri daripada pelbagai sesi . Contohnya pilih satu tema and buat cerita. Contoh: 

Tema: Penyiasatan
Cerita: Detektif Canon (haha my group changed the nama to Canon.) yang membanteras jenayah dan menolong menyelesaikan masalah di kawasan perumahannya. 

Selain itu, aktiviti untuk Latihan Watak, Slow Motion, Beritma dan Teks Visual Aksi pun ada. Ohya! DRAMA QUEEN! (Of course korang tak faham)

Takpalah, sharing is caring, kan? Najla bagi beritma jelah.

Beritma means, hmm like this! 

Terasa tanganku sejuk bak salji, menarik nafas dalam tidak henti-henti, aku yang di dalam lif hanya kaku berdiri, tidak lama itu akhirnya pintu lif terbelah dua menampakkan staf blink yang menanti. Wah, sudah nampak kak Izanor Sharif yang pretty

Macam pantunlah. Tapi perkataan 'pretty' tu tak tahu dibenarkan atau tidak, sebab najla nak post kat blog je >.<  Tujuannya, membuatkan pembaca lebih seronok dan geli hati. 

Macam-macam yang boleh dapat, boleh angkut masuk dalam minda. Tak sia-sia pergi seminar ni. Sekarang pun Najla dah ada jalan cerita yang nak dibuat. Doakan okey? :D

Najla nak ingatkan lagi, kalau nak menulis novel, cerpen dan seangkatannya, sila tulis macam tulis karangan. Ejaan kena betul, ayat kena mantap, menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, (nak= hendak, tak=tidak) 

Jangan sesekali menggunakan Bahasa Melayu Rendah, bahasa pasar, bahasa singkat, bahasa laman sosial dan bahasa dialek. Orang baca pun boleh juling mata. Sebab itupun salah satu sebab penerbit tolak manuskrip. 

Masa sesi 3 berlangsung, kita orang pun tak tahu yang mereka menyediakan makan petang. Ataupun lebih lagi kepada 'pencuci mulut'. Wah, seminar paling tersantai di dunia!

Tahu dapat apa? 






Jeng jeng jeng~








BIG APPLE! Yippy!

Alahai, kenyangnya perut ini. Tapi tengok balik gambar ni, terliur pula ^o^

Serius, kalau boleh, lagi seronok jika buat SEMINAR+TRIP=2 HARI 1 MALAM.
Bukannya apa, tapi masa berlalu sangat pantas. Rasanya nak tambah lagi ilmu satu malam pun boleh. :) Okay berangan kejap. 


Alhamdulillah, syukur sangat. Program ini dijalankan dengan lancar dan meriah sekali! Rasa tak nak balik pun ada... 

Untungnya group The Wonder Blink! Sebab bertukar-tukar mentor 3 kali! Mentor kedua ialah Abang Aman Wan yang dikenali sebagai Abang Tembam dan mentor ketiga pula ialah Abang Fazla, ya abang Fazla sendiri kata dirinya sebagai Awan Nano. hihi.

So, sesi yang terakhir ialah sesi bergambar dan bersurai. 


Memori Indah 2014. Kalau korang nak tahu, Menghadiri Seminar Novelistar Ain Maisarah ialah azam 2014 Najla. Dan, Alhamdulillah, ianya tercapai.

Banyak ilmu yang Najla tahu, dari A --> Z , how to make a novel. Cara permulaan dan pengakhiran. Satu je yang perlu ada pada novelis, iaitu SABAR.  

Memang sukar sebenarnya kalau nak jadi novelis. Tapi kalau usaha itu berhasil, Insya-Allah, dapat juga. Indahnya kalau Najla berjaya menjadi novelis di usia remaja. Bahagianya kalau melihat ada nama sendiri di hadapan buku. Buku yang terletak gah di rak. Rak yang terletak di Kedai Buku, tengok kalau ada orang nak belek-belek buku kita.

Terima kasih Staf-staf Blink, terima kasih tidak terhingga kepada Kak Ain Maisarah dan Tuan Syaizul Amal yang berkongsi ilmu. Tidak lupa juga kepada penulis-penulis Blink Book yang turut memberikan kerjasama sehingga menghasilkan seminar paling deboom ini! Yup, Abang Azanil Fitri yang super sporting. :)

Ibu ayah, terima kasih sebab memberi keizinan untuk menyertai program ini. Love you all so much! ayah, penat drive kereta balik rumah malam-malam. Anak dia memang ngada-ngada.



Bye. Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarukatuh. Sekian daripada saya, Najla Najihah.

Comments

  1. Bunga atok dtg ni....
    Terharu tokju membaca N3 ini. MoGA bunga manjadi anak solehah dan novelis yg memberi menafaat kpd umat.
    Teruskan menulis, salam utk ibu. Tok pun org johor juga.
    Bye.

    ReplyDelete
  2. Wah, bangga Abang Azanil bila membaca hasil tulisan Najla. Ilmu yang dipraktik pasti akan lebih memberi kesan dari ilmu yang disimpan sahaja. Semoga menjadi seorang penulis (tidak kiralah penulis apa) yang berjaya. Amin

    ReplyDelete

Post a Comment

لسّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sila komen dengan baik kerana Allah sayang orang yang baik :)