Denai Alam Recreation Centre - Riding Horses and Archery

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

 Assalamualaikum. Hmm for your information, Najla ingat nak siapkan entri ni sebelum habis cuti penggal kedua tu, tapi tak sangka dah nak habis bulan 8 baru terhegeh-hegeh nak cerita.
So for the past holiday , my family and I went to DARC at Shah Alam. Its about another something amazing, it is not beach, island, shopping mall, screaming like crazy people when rides rollercoaster. IT IS NOT A TRIP, okay? But its about... RIDING HORSES and ARCHERY. Yeahh, that's it! 
Kali ini agak luar biasa, memang luar sempadan negara daripada dalam negara! Rupanya rupanya rupanya ibu bercadang nak pergi ke Denai Alam Recreation Centre, yang ada lessons skill for riding horses and archery! Yang... banyak kuda tuuuuuuuuuuuu.
Riadah sukan cara Rasulullah. 
Itu yang utama.
Berenang, Menunggang kuda dan memanah.
Menunggang kuda dapat menyembuhkan pelbagai penyakit, khususnya. 
Masa Najla pergi sana, my sister ada berbual dengan seorang kakak. Kakak tu dah lama belajar menunggang kuda dan memang hebat. Sebelum ni kakak tu ada sakit buah pinggang. Tetapi Alhamdulillah, selepas berlatih dan menunggang kuda, sakit buah pinggang tu dah sembuh. It was... miracle... Ya, kuasa Tuhan.
Memanah dapat menajamkan fikiran, memantapkan fokus kita. Memanah juga adalah semangat untuk  berjihad ke jalan Allah. :)
So apa salahnya kita, sebagai orang Islam, belajar sukan ini? Kos dan wang, itu letak tepi. Sesuatu ilmu tu, sangat berharga. That's why something yang kita bayar untuk menimba ilmu itu mahal. Kerana itulah nilainya, wahai manusia sekalian. Its not fair lah, kalau sanggup menghabiskan duit semata-mata nak main rollercoaster. Yang tu kemudian. First, belajar dahulu cara menunggang kuda yaa bukan naik tapi ada orang tarik pula. Itu Joyride namanya XD 
Before we continue our story about DARC, lets talk about MEMBER OF DARC, first. 
You should register now as their member! Cause offer memang dapat, tanpa perlu bayar lebih. 
DARC MEMBERSHIP : RM180 untuk satu famili, setahun. 
Apa yang istimewa, membership dengan non-membership bezanya setaraf langit dan bumi. 
member dapat horse joyride free, mandi splash pool free and yang lain. and discount pula boleh dapat offer untuk chalet, horses riding lessons pun dapat offer and archery for game (game dengan lesson lain okay. game tu main tembak-tembak je reti ke tak) and motorcross riding. 
so siapa yang tak member-member tu pun memang tak nak kawanlah. yang tak nak kawan tu lah tiada belas kasihan dan belas ihsan tanpa offer yaaaaaaaaa. sekian. 
For register, please go to http://darchorse.com.my/membership . Download form, isi nama-nama ahli keluarga, another dan boleh hantar ke DARC dengan cara naik kereta sendiri ke sana. hahahahah. err maaf? 
HORSES RIDING LESSONS : RM180 untuk 6 sesi, seorang. 
1 sesi daripada 6 sesi, hanya 30 minit untuk berlatih. So if 30 minutes tu dah habis, akan terus ke sesi 2. sampailah 3,4,5 dan 6. Ikut suka hati la nak setengah jam ke satu jam ke dua jam. Contohnya, 2 jam : Kiranya kita dah pakai 4 sesi, so tinggal 2 sesi sahaja lagi.
Pengumuman lagi satu, 6 sesi tu boleh PAKAI BILA-BILA MASA SAHAJA DALAM MASA 45 HARI SAHAJA. Jadi lepas dah main 2 sesi, boleh datang lagi lain kali. tapi tengok masa lah. 45 days.
Bila dah habis keenam-enam sesi tu, boleh bayar lagi RM180 untuk dapatkan lagi 6 sesi tu. Practice makes perfects, ey? 

PEMAKAIAN MENUGGANG KUDA
-kasut
Ohya pemakaian untuk berlatih tunggang kuda, mesti ada kasut khas untuk tunggang kuda. Macam boot la. Boleh cari kat Plaza Ampang City, nama kedai : EQUEEN
Variety of things menunggang kuda yang ada kat sana. Such as seluar khas, topi, gloves and barang untuk kuda pun ada. We all pergi sana terus lepas abang Najla tunggang kuda.
Tapi for newbie, sebenarnya pakai sneakers (kasut bertutup, tebal) pun boleh. Tiada masalah. Tapi selesa tak selesa tu ikut tuan la. Kalau nak lebih selesa, pakai boot tunggang kuda.

-seluar
 for riding horse pun ada seluar khas. Yang jenis tight tu. Lebih selesa kalau pakai seluar khas sebab kalau naik atas kuda nanti tak sakit. 
Kalau tak ada seluar khas, pakai sahaja seluar jeans atau seluar yang tebal. Jangan pakai seluar kain chiffon ataupun jenis yang lembut. Kesian nanti kalau sakit. 

-baju
Baju tak kisah pun nak pakai apa-apa. Tapi kalau untuk PEREMPUAN MUSLIM, sila pastikan pakai baju muslimah atau long sleeve loose shirt (baju yang labuh) agar aurat anda lebih terjaga. Notice this yaa. :) 
Ok selesai bahagian pemakaian.
Masa pergi sana, jalannya agak dalam sikit. Kalau nak pergi, make sure sediakan GPS. Tempat ni dekat-dekat dengan taman perumahan rumah banglo. 
Another information, boleh pergi sini http://darchorse.com.my
Okay so let we start! Hihi again the many picturess so you need to be calm until the end:)

Chalet. Kat sebelah chalet ni ada kawasan lapang. Tu kalau nak main bola sepak pun boleh.



Splash pool! 

Ruang berehat luar chalet. Tempat ni sebenarnya sesuai sangat untuk family day. Even kalau orang tak kenal pun kita boleh jadi kawan.

Card for riding horse. 

Because masa ni tengah hari, matahari kian tegak meninggi, biasanya orang tak pergi sini. Waktu orang ramai masa pagi, petang dan malam. Masa petang-malam tak payah cakaplah, nak ride kuda pun kadang kena tunggu sebab banyak kuda dah digunakan untuk latihan menunggang.




Cafe.

Padang kuda diaaaa luas sangat!

Cafe ni untuk tempat berehat dan bersantai, selepas penat berlatih. memang rasa santai sangat sebab siap pasang lagu ala-ala cowboy. 



Joyride ni aku dapat free sebab ada member card. 



Yayyy so tiba masanya, pergi horse stable! Fyi, DARC tempatnya bebas. Tak kisah la nak pergi mana-mana. And aku habiskan masa dengan melawat kuda-kuda yang Masya-Allah, comel sangat!


Allonzo namanya. Kuda ni yang digunakan abang Najla untuk latihan sesi malam. Setahu aku, kuda ni memang really hyper sebab masa abang aku naik dia ni, kuda ni tak reti duduk diam. 

With Katie; yang biasanya ditunggang untuk melatih kanak-kanak.

Knight and Denai Alam. 

Named as Denai Alam. Dapat rasa aura kehebatan kuda ni. cehhwah

Mr. Izaan dah tak sabar tu menuggu kuda pujaan hati. Hahahaha



Ohh patutlah. Akhirnya dapat kuda bernama Bulan~ Memang betul-betul Bagai bulan jatuh ke riba. Eh apa yang aku mengarut ni?

"Bulan, please be nice to me. Please dont kick me or kill me. Okay?"



"Kuda... kuda... Nak tangkap gambar boleh?" Soalku.

"Aku on je." Jawabnya.





Senarai nama yang ada latihan petang tu.


Motorcross tak silap aku dibuka pada hari Ahad. 

Archery. Tapi masa ni penuh pula. Terpaksa aku ambil archery ni pada keesokan harinya.


Are you ready to play the archery?
1, 2, 3... 
serang!

Haa gambar masa tengah archery aku tak upload yaa.
Masa semua dah angkat panah masing-masing, tinggal nak shot je, aku seorang sahaja yang terkebil-kebil membetulkan panah yang menyimpang jauh jatuh ke tanah. Lepas shot, serius tak kena pun pada sasaran. Pecah rekod dalam memanah hingga jarak jauhnya sampai terkena lecak kat hujung adalah. Sungguh, aku failed. Takpe. ada hari aku balas.

So let we continue Mr Izaan's session for riding horse. Okey pada pagi tu he got the horse named Bintang. Amboii untunglah abang dapat kuda-kuda yang menawan lagi jelita Bulan dan Bintang. Kuda-kuda tersebut menceriakan hari Mr Izaan selepas jantungnya bagai nak tercabut apabila mendapat Allonzo. hihi

Dah pandai main, Alhamdulillah. Lepas ni giliran Najla pulaaa Insya-Allah.


Haha sorry for the spam. Takde kerja jadi kitorang pergi lagi melawat si kuda-kuda ni. 



Part yg ni memang funny habis. Knight dengan Denai Alam bergaduh sebab berebut carrot. Punyalah kepala Knight sampai masuk stable Denai Alam, last sekali diorang laga-laga kepala siap tunjuk gigi. Ingat garang? 

Ok good. dah berbaik. 

Dari dalam stable, ternampak pula Mr. Izaan ni buat aksi hebat. 

Aku rasa Dibbie ni suka selfie tau. Sebab dalam camera, banyak lagi gambar dia macamni. Punyalah suka.


Met Mamat. Semalam mesti dia penat punya jadi kuda joyride bawa kitorang bergilir-gilir. hihi

Takut. Masa masuk dalam tu semua kuda keluarkan kepala.

Look at the horses! Semua baik-baik hari tu. Kalau tak, jangan harap kepala pun nak keluar.



Smile by Bintang. And maybe she said 'bye bye'

Angel. Nama dia Angel. Kucing ni coooooooomelll. Masa kitorang nak check-in, dia ikut je kitorang sampai chalet. Lari tergedek-gedek. 

So that day was a good memorial to be. Pengalaman yang best sangat. I give Darc 5stars, and I hope Darc will make the places more exciting and have another interesting games soon. :) 

Anyway daripada pemerhatian aku, ramai kanak-kanak yang dah pandai dan sangat mahir menunggang kuda. Masya-Allah memang hebat semuanya. Siap boleh tunggang kuda laju-laju tu. Ibu bapa patut bawa anak-anak ke sini, cause banyak aktiviti menarik yang sangat sesuai. Apa salahnya berbangga dengan anak-anak yang belajar sesuatu yang selalu dibuat dan diingatkan oleh Rasulullah? Dan mengikut fakta serta pengalaman, permainan ini menyihatkan.

Insya-Allah, I'll be there again soon. 

Nahhh belanja sikit ICandy and Dunkin Donuts Coffee!



Thanks for your reading :) Apa lagi? Cepat pergi DARC masa cuti bulan 9 nanti! 
Bye, Assalamualaikum.

Comments