BIG WAR


Tak tertahan menghentak hentak meja
Lampu kecil dibuka semula
Menjerit memekik terlolong 
Kau ingat ada orang nak tolong? 

Malam ke pagi
Bersulam hari
Tak dilepas pandang dek mata
Kenapa perlu semua itu kau paksa
Sedang sepatutnya sudah ternganga mimpi

Lepas itu kau mengeluh
Mengadu betapa sakitnya, aduh!
Fikir fikir punya fikir
Pensel mekanikal ditekan kembali

Satu persatu tak dilekang
Hampir semua menyesak minda 
Kau tercari-cari senjata rahsia
Flying kick, tomoy, wrestling, kungfu
Gaya Bruce Lee semua kau letak
Dengan bangganya kau berjaya
Sambil kau kata "Ewah kacang tanah sungguh."

Kemudian diselak bab akhir
Berkerut muka semacam kubis
Ah memang tak tertahan
Kulitnya kau hempas

Sebab
Otak dah tepu
Memory full
And I’m ready for a big war
To get the successful life and of course want it better

Biar diambil sejadah 
Dibentang perlahan 
Biar berbicara dengan Tuhan
Biar didoa sungguh-sungguh
Meminta Dia tolong
Tolong Wahai Tuhan
Tuhan,
Kuatkan
Aku

Ibu 
Ayah
Sekejap sahaja lagi
Anakanda pasti
mampu membukti segala
_______________________________

I made this special for all yang ada peperiksaan tak lama lagi. Good luck for the PT3’s , SPM’s, STPM’s and tak kisahlah untuk apa apa sekalipun. Semoga dapat menjawab semua soalan-soalan tu dengan mudah. Insya-Allah, Tuhan dapatkan yang terbaik, tercemerlang dan yeaaa straight A’s!  Kerana setiap usaha itulah yang akan membuktikan kita berjaya.

Terutamanya aku yang ada final exam next two weeks. Minta-mintalah Tuhan permudahkan segalanya. :)

Assalamualaikum






Comments