Main-main

Kau datang dengan satu makna
Paling bererti yang tiada disangka
Seperti betul
Hakikatnya--
Entah ya?
Entah tak?

Senyuman cair kau hadiahi aku
Hati--
Jiwa--
Raga--
Diturut sama
Kau potong menjadi dua belahnya
Satu untuk kau
Satu untukku

Mana?
Mana tak pempan
Mana tak tercuit
Mana tak terkesan
Kalau sudah begitu
Perlu ke aku ambil?
Atau menghempas
Biar ditempias?

Rupanya
Main-main kau ya?
Kikis
Hiris
Dikeris
Sehingga jiwa tercalar
Sampai ia menular
Sampai bila?

Habis itu
Sebelah jiwa tu nak bawa lari mana?
Tak nak pulangkan?
Okey. Tak mengapa
Jiwa ini--
Adalah bukti
Yang kau telah siap pijak--

Sampai lunyai

Comments