Terlebih Berbisa

Percaya atau tidak
Aku masih lagi berbisa
Sehingga sudah terbiasa;
Bagaimana lagi mahu menjadi biasa?

Bila diri aku mulai berbisa
Semua orang terasa
Setiap orang akan merasa
Biar mereka dendam sentiasa;
Aku suka melihat dia terseksa

Pedasnya memang betul kena tempias
Sedasnya satu-satu teruk dihias
Macam pistol;
Memang seiras

Kesakitan yang tiada lagi daya
Tertusuk habis dia
Terbom ruang lidahnya
Terlubang hitam jiwa hatinya
Terpecah kepercayaannya
Terbuang rasa indahnya
Terderai perasaannya;

Memang itu yang aku mahu


NOTES: 
Bagi puisi kali ini, apa yang mahu disampaikan ialah seseorang yang sudah terbiasa/terlebih berbisa. Maksudnya, melalui kata-katanya yang menyakitkan hati, jiwa dan otaklah yaa. Percaya atau tidak, manusia seperti ini benar-benar wujud di dunia ini. Tuhan mencipta dan memberi sikap manusia ni lain-lain. So, contohnya macam ni la. Yang memang nak menang bila berkata-kata, yang suka melihat orang terhiris hati dengan lidah tajam kejamnya. MEMANG BAHAYA. Tapi kalau kau boleh lawan dia, lawanlah. kasi dia sedar sikit supaya jaga lidah yang Tuhan bagi tu. 

Comments