"Aku takut sakit lagi."

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Wahai Kawan
Aku sudah terlalu penat
Tubuh kurusku telah lelah
Tangan yang kau pegang janji ini--
hanya kelihatan rangka putih
Kaki daki aku yang hitam--
Hampir lumpuh dek kedegilan diri ini untuk berdiri
Rambut panjang yang selalu kau pura-pura belai ini--
Akhirnya kusut dan dibiar melilit, membunuh setiap inci aku

Supaya suatu hari nanti jika kau pulang
Akan ku pastikan kau menyikat lagi rambut serabai yang menyeksa ini
Mahuku kau membuat aku tertawa lagi
Inginku melihat matahari yang menerangi hari
Daripada kegelapan pekat sepi sunyi yang kau lakukan tadi

Teman
aku tahu kau sudah mencarik-carik ganas hati ini dengan kuku panjang bisamu

aku mengerti yang kau menghancur senyumku dengan permainan racun itu

Kau telah menikam kejam dengan tajam jiwa aku

Jujurnya ia perit
Sangat pahit
Dan aku sakit
Tetapi
Aku tak benci

Sebab--
Sepenuhnya kasih sayang itu sudah aku selami

Aku beri.

Tolonglah wahai sayang
Selepas ini--
Jangan datang dekat sini.

"Aku takut sakit lagi." :')



P/S: Hanya sekadar bayangan tahap paling kritikal. Sebenarnya aku tak pernah alami semua ini. Tapi mungkin antara berjuta manusia, ada yang terselit menahan cengkaman sebegini luka? Aku yakin, pasti ada. Dan terlalu mudah untuk kita tafsirkan ianya sangat pahit. TAPI rasanya amat-amat beribu-ribu kali teramat pedih. Mulut cakap, senang. Realitinya? Mungkin kau hanya faham, tapi kau tak rasa. Jadi tolonglah, kalau kau betul-betul mahu berkawan, jangan biarkan dia. Kalau kau benar-benar tidak mahu berkawan atau mahu mempermainkan hati dia yang jujur itu...atau senang kata menyampah dengan dia, I think you hv to go away. Jangan nak mainkan dia, jangan sakitkan hati dia, jangan kutuk-kutuk belakang dia. Daripada kebencian kau itu terus berleluasa ditiup-tiup oleh syaitan, baik kau pergi. Pergi dengan baik. Baik jangan dekat. Kalau lagi lama kau menjalin persahabatan yang pura-pura, bila kau pergi nanti lagi sakit dia. Kalau tak mampu, doalah. Tuhan sentiada dengar, Dia yang paling faham condition setiap semua ciptaan-Nya, nanti bila kau mohon untuk kukuhkan persahabatan itu, nanti Tuhan pujuklah balik. Ok bye. (serius ka ni aku yang tulis padahal tak ada pengalaman pun hahahahhahaha)

P/S II : Aku buat poetry entah apa2 ni emm maybe adalah sedikit pengajaran ni setahun yang lepas. Lama tak lama tak? :B Macam kimchi haha

P/S III : ROOMMATE SEASON 2 AKAN TAMAT PADA 14/4/2015. and you know, i feel like want to cry baldi mana baldi. Aku tak pasti la pula ROOMMATE SEASON 3 nanti tukar cast ke. Kalau nak tengok JACKSON & YOUNG JI, boleh search kat youtube, HIT MAKER. Arr harap mereka tak tukar cast tapi tapi tapi kalau tukar nanti, agrh i will miss them.


Comments

  1. dear.. u korean drama addict ke... hihi,, akak pun sama .. :))

    ReplyDelete

Post a Comment

لسّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sila komen dengan baik kerana Allah sayang orang yang baik :)