1436H | 2015 OF RAYA

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
 Assalamualaikum.

Yes, memang dah lama tak update apa-apa. Tapi sebab raya, nak la hudpate juga TT.TT
Nanti tak adalah pula I jealous tengok orang lain cerita macam-macam tu la ni la, takkan I hanya memerhati dari jauh kan? Eww apahal I, I ni macam pelik ek padahal I maksudnya sama je dengan 'aku'.

So far Alhamdulillah walaupun raya tahun ini yang paling simple sekali seumur hidup aku, tapi rasa okey je tak ada pun la bosan sangat raya sehari je hahahahha. Tak dapat aku bayangkan yang aku raya satu hari sahaja, pada hari raya pertama. Hari kedua, ketiga and blablablablabla tu duduk rumah.... makan.... buat homework... tidur.

Tapi memang RAYA AIDILFITRI sehari je pun kan? Kita je yang sambut sebulan lebih-lebih pula. Lebih-lebih pun baguslah kan, dapat ziarah-menziarahi saudara yang jauh tuuuuuuuuuuuu. Selain itu, macam kerja part-time pula dapat duit rayaaa hahahahaha sedangkan korang hanya bagi salam pastu masuk pastu makan kuih raya even agaknya dah sebalang makan kuih yang sama pastu minum air gas pastu salam pastu dapat duit raya pastu blah. Intai sampul duit, pastu senyum sorang-sorang.

Berapa sekalipun yang kita dapat, terimalah. Rezeki tu Tuhan bagi. Jangan kau pergi kutuk pula tuan rumah tu "eiiiiiiii rumah besar duit singgit" sekurang-kurangnya bersyukurlah dia tak bagi seposen ahhahahahahahaha.

Tetapi, i do not care of it anymore. Rasa dah malas nak pergi rumah ke rumah. Kalau rumah saudara ikut rombongan keluarga tu memang la kena ikut, tapi yelahhh kalau yang "Assalamualaikum... kami datang nak duit rayaaaaaa ehhh opsss kami datang nak rayaaaaaaaaaaaa~", itu dah mana la nak. Entah-entah pergi sekali tak dapat duit rayaaa... sebab... Sebab? Sebab dah besar, tinggi and of course gemuk. Lagi-lagi kalau pergi dengan budak kecil, malunyaaa nak dapat duit rayaaa. Tak dapat rasa malu, nak terima pun lagi malu. Kerana peluang untuk mendapatkannya adalah sangat tipis lagi nipis lagi halus tauuu tak.

So korang, tahun ini aku berjaya raya di kedua-dua kampung pada 1 Syawal 1436H.



 Sungguh aku cakap, memang keluarga Najla mengambil keputusan untuk tidak menetapkan warna tema baju raya yang sama untuk sekeluarga. Temanya ialah BEBAS uolls. (nak uolls jugak? ish ishh *geleng kepala*) But rasanya keluarga Najla ni ada instict pertalian darah tersendiri tau. Macam manalah akhirnya tema warna macam TAK LARI walaupun masing2 dah pilih baju mengikut suka-hati-diri-sendiri-lah. hahahahhaa

RAYA DI HOSPITAL
Agak sedih bila atuk sakit. Tak sangka dah nak raya, tup tup dengar khabar atuk masuk wad. Masa bulan Ramadan, atuk sihat, semangat nak raya. Memang tak dapat dijangkakan penentuan dan percaturan Tuhan. Sekelip mata je, eh tak.. bukan! Tak sampai 1 saat pun, malah sejuta kali ganda tak sampai 1 saat pun, Tuhan boleh buat apa-apa je. Itulah Tuhan, Allah. Tuhan kita. Yang berkuasa atas segala-galanya. Sebab itulah... manusia ialah milik Tuhan. Semua. Akan kembali pada-Nya. 

Redalah. Sebab... sebab apa? Sebab Tuhan tahu apa yang terbaik. Dia tahu sebab seeemuaaaaaa tu kerana Dia sendiri yang aturkan. 

But really, we still enjoyed our Aidilfitri even we celebrated it at a hospital. 




makan kat atas batu pun jadilah... 

Semua bekalan makanan, tentulah nenek dan anak-anaknya yang power yang masakkan. Cucu-cucunya tahu makan je. ngangangangaaaaaaa.


Selfie timeeeeeeeeeeeeeeeeeeee even we all beraya di hospital sob sobs. Tak mahulah sedih-sedih kan... 





"Jap apasal ada abangla lalu eh kat sini?"





Dapatlah juga atuk makan lontong.


Kita sibuk selfie yang belakang tu mengurut kaki hakhak bagus gila.


Adat melayu kita, salam-salam bermaaf-maafan kena juga teruskan, walaupun cuma di hospital.

Ngengengehhhh tapi yang dapat duit ni bukan adat yaaaa hahahhahaha tengok tu abangla mana yang tersenyum lebar lepas dapat duit raya. Aku bolehlah lagi senyum, budak lagi >-< 




Berakhirlah perayaan Aidilfitri kami yang cool lagi rare ini di hospital. 


TENG TERENGG aik? Dah sampai kampung lain ke? Hehee so lepas beraya di hospital, kitorang pun balik kampung ayah.

Pic raya 2014 pun macam ini juga. Ok lepas ni nak buat collection, setiap hari raya masa ibu ayah salam each other, WAJIB ambil gambar. 

Birthday mama (my aunty but we called her mama since our childhood), kita sambutlah sekali kan? 

 Tengok ini, semuaaaaaa mama masak sendiri. Sedap sangatt memang tak pernah tak sedap kalau makan rasa nak tambah sepuluh pinggan tapi takut gemuk so hanya boleh meleleh nangis je la.

 INGAT MOJI THE FAT CAT? Yess kucing I yang I hantar ke kampung tu. Hahahahahhaha amboi Moji dah sedap duduk kampung ja sekarang siap lari-lari pusing satu rumah keluar golek2 atas tanah lagi. 

Tup tup, tahu-tahu inilah anak Moji. Comel sangattttt dah la cheeky. 

Namanya, TAEYANG. 

.....

-__-

Apsal? korang pun pelik kan namanya Taeyang aku pun tahu kenapa. Rupanya tak adalah macam Taeyang pun. hahahhahaha lantaklah, Taeyang pun... Taeyanglah ~(*_*)~







Weheeeee Salam Aidilfitri from us. 


Haaaaa meh Najla nak belanja Fuel Shack. 

Like seriously... korang akan rasa macam aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhh. 

ha. macamtu la.

Duit raya banyak kan? makanlah Fuel Shack!
Alah, tak payah kedekut sangat. rezeki kan Tuhan yang bagi. 

Aku pun guna duit raya sendirik tau beli burger ni. 

CHEESE MELELEH-LELEH.
TAKKAN LA TAK MAU? 

Berbaloi sebab pertama, sedap.
kedua, of course korang akan kenyang.
ketiga, korang akan happy. hahahhaha

So, that's all. Cerita yang pendek, bukan?

Semakin lama cerita raya ni semakin singkat dari tahun ke tahun. hahahahaha

SELAMAT HARI RAYA.
Even dah habis, pun. 
Tapi rilek la, yang Johor raya lagi kan? 
hihihik.

Assalamualaikum.

Comments