Tips untuk pelajar supaya elak jatuh suka pada seseorang




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
 Assalamualaikum.

Haiii. hihiihih okay. Sejak menjak ni memang malas tau nak tulis entri. sedangkan aku main polis entry lagi... hahaha, nak buat macam mana kan kena ikut mood. Ni cuti seminggu barulah mood suram-seram-gigih-study ni bertukar kepada mood berbunga-bunga matahari kalah mat bunga yang gatal pikat perempuan kat pasar ikan tu. Bosan tau duduk rumah, sibling semua tengah gigih gila belajar kat tempat lain buat assignment tu ini padahal aku rilek saja duduk rumah bagi ikan makan sambil layan Kpop. Hahahhaaa rasa nak duduk asrama lah kalau begini :')

Apa yang aku nak membebel kali ini, tips untuk elak suka/gila bayang/angau/meracau/mental/jatuh cinta/jatuh suka/jatuh sayang/jatuh hati/jatuh longkang dan jatuh tangga!

Maaf ya Najla minta maaf sangat awal-awal dulu. Bukannya bermakna menghalang untuk ada rasa suka antara satu sama lain, tak. Memang tak. Rasa suka itu memang fitrah manusia. Sealim-alim orang itu pun, ada saja terselit sembunyi di balik 7 pintu hatinya perasaan suka pada seseorang. That's common. Tak heran pun, tak kisah kalau terdengar "Siapa nak tauuuu, Joyah kan dia suka dia sukaaaaa... teetttt!" Hahaha itu budak2 punya style lah ya.

Tips ini especially untuk pelajar yang masih lagi belajar TERUTAMANYA pelajar sekolah.
Kenapa pelajar sekolah, ya?

Banyak sebab. Perasaan suka ni bahaya tau kalau tak dapat kawal. Lebih kurang macam parasit. Semakin lama semakin memakan diri sendiri. Ada peringkatnya iaitu:

Peringkat Pertama 
CINTA PANDANG PERTAMA. Bila kita nampak dia, kita rasa dia cantik, handsome macam Kim Soo Hyun pulak dah.. , dia tinggi, senyumannya menawan... membuatkan korang tertawan! Even we dont know her/him. Terus jantung macam 'dupdupdup' hahahahhaaha. Aduh, lawaknya!

Peringkat Kedua
 Lepas dah set muka Kim Soo Hyun tu dalam kepala otak, terus macam falling in love, eh? Macam tu lah. Yang bahayanya, kit dah jatuh suka. Sebab kita asyik ingat bagaimana rupanya. Wajah itu, seperti diputar-putarkan beberapa kali dalam kepala, asyik teringat saja. Lebih bahaya, takut nanti masa belajar, kita tak boleh fokus. Habis ilmu semua tak masuk hanya disebabkan wajah seseorang yang menahan semua perkara untuk masuk dalam kepala. Susah, bukan? Sehinggalah dah angau senyum sorang-sorang nampak braces. Kawan sebelah siap ready nak call ambulance hospital bahagia lagi silap2 dah gila agaknya hahhaha.

Peringkat Ketiga

Peringkat ketiga, kita dah jatuh cinta. suka dan jatuh cinta lain tau. suka tu, suka2 je. jatuh cinta tu macam dah niat nak sehidup semati dengan dia. Padahal kita masih blajar, kena persiapkan diri untuk cabaran masa depan untuk menempuh kejayaan. kalau kita dah fikir kahwin, macam mana dengan masa depan kita? Sebab dah tak tahan, kita nak sangat dia. Takut orang lain rampas dia.. takut orang lain yang si dia kejar. Keadaan akan jadi lebih susah bila kita tiba-tiba ambil tindakan drastik tanpa berfikir panjang... iaitu kita akan pikat dia dan couple. Jangan yeeee jangan buat macam tu. Tunggulah, sabar sikit. Dewasa nnti, jika diizinkan... jumpalah ibu ayah masing-masing bawa berbincang. OK? Okay >.< eh


Peringkat Keempat
Macam mana kalau kita berjaya pikat dan couple dengan dia? Apa yang kita dapat? Bukannya kita milik dia, dia pun bukan milik kita. Couple bukannya menghalalkan sesebuah perhubungan. MALAH LANGSUNG BUKAN IKATAN / CARA UNTUK MEMBINA BAITUL MASJID. Couple sebenarnya mendorong untuk melakukan zina. Zina adalah perkara mungkar. Tak elok diapi-apikan. Kalaupun kita couple dengan dia, berjanji bersumpah setia selamanya untuk kahwin dengan dia... TAK SEMESTINYA KITA DAPAT KAHWIN DENGAN DIA. Sebab... jauh lagi perjalanan yang belum ditempuhi. Culturul shock pun entah2 kita belum pernah rasa.

Ramai orang lain yang kita belum jumpa lagi. Akhirnya lepas habis sekolah, masing2 melanjutkan pelajaran ke tempat berasingan. Tak jumpa, tak bersemuka. Waktu itu, tiba-tiba si dia terjumpa orang yang lebih baik. Apa kita nak buat? Mana janji-janji dahulu cinta kekasih hati pengarang jantung pisang sehidup semati itu? Kalau bukan jodoh, bukanlah. Nanti sakit yang ada, luka yang ditinggal, pedih yang diberi dan perit yang dilemparkan pada kita untuk ditelan. Masa tu kan... Kita akan rasa menyesal sangat kenapa dahulu kita menggatal sangat hendakkan dia. Penat sahaja kitaa couple bertahun-tahun, akhirnya, enggak kahwin sama aku juga! Emangnya lu mau kena penamper?? >:(  Eh janganlah tampar dia, tampar diri sendiri. yalah... kita yang mudah sangat percaya dengan dia.

Apabila dianalisis balik, apakah penyebab semua peringkat tu berlaku? Bukankah sebab... perasaan suka kita pada seseorang? Jadi, ayuh wahai semua, bangun dan sedarlah. Sebab perasaan suka itulah, kita jadi tak keruan.  Doakanlah agar perkara2 menyakitkan itu tak berlaku dalam hidup kita... Insya-Allah. Tuhan kan Maha Mendengar, Maha Penyayang.. :')



TIPS ELAK SUKA PADA SESEORANG
  1. JAGA PANDANGAN.Masa korang jalan-jalan pergi pasar ikan ke, semungkin bolehnya, tunduklah pandangan ke bawah. Kerana mata kita ini suka melihat perkara yang cantik-cantik. Zina hati boleh terjadi selepas asyik terbayang kecantikan yang dimiliki seseorang. Apabila tundukkan pandangan, wajah kita turut terlindung daripada dilihat. Sekurang-kurangnya mata kita pun dah tak nampak lagi Kim Soo Hyun. hihihi.
  2. KERASKAN HATI.
    Bukannya suruh keraskan hati untuk beribadah, tetapi keraskan hati untuk menerima sebarang 'rasa' semacam yang mampu menjatuhkan kita dalam hal perasaan. Lagi-lagi perempuan. Muslimah yang disayangi sekalian, cubalah jangan goyah dalam soal hati. Kita kan qowiy! Qowiy (kuat) sebab kita ada Tuhan. Tuhanlah kita seharusnya bagi semua jiwa raga, hati, kasih, rindu semua pada Dia.  Sehensem-hensem Kim Bum tu.. apalah sangat kan. Pandang sebelah mata pun tak payah, tak perlu. Pak Cik  jual ikan pari lagi handsome kut. hehehhe. Muslimah kenalah jadi sangat mahal, mutiara sedalam tujuh lapisan bumi pun kalah harganya. Tak ada siapa boleh permainkan, tak ada siapa boleh sentuh, NOKTAH.
  3. JANGAN PERASAN ORANG ITU SUKA PADA KITA
    Kalau kan, korang ada perasan... ada orang tu selalu curi-curi pandang kita, bila terserempak selalu sibuk nak buat eye contact macam yukss hahhha. Lepas tu rasa macam banyak kali asyik terserempak sahaja dengan orang itu. Lalu korang pun terus perasan "Eh, jodohkah ini?" sambil buat muka terharu kelas pertama. Sebolehnya, elaklah daripada ada rasa bersangka yang orang tu sukakan kita. Sebab tak mustahil, kita boleh sukakan orang itu balik. Lagi-lagi kalau yang cantik comey putih-putih handsome pastu sado lak tu yang selalu jeling-jeling kan... Aduh! Lagilah rasa suka tu mencucuk-cucuk pada kita. Syaitan memang sering sahaja menghasut duduk tengah-tengah. Segala perkara yang semacam pelik tu, janganlah layan. Istighfar banyak2, Kalau perasan dia suka kita, sekali tu rupanya org itu tak suka kita macam mana? Buat malu je kan. Entah2 dia tengok muka kita setiap kali sebab... "eiiii tangan je putih mukaa hitammm." Kita ni be like...( -..- )--o Dushhhhhhh!!
  4. PROSES PENYEDARAN DIRI
    SEDAR DIRI sikit. Kita ni siapa. Budak lagi kan... Masih berhingus kerak lagi kan... Main polis entry lagi kan... Duit makan ibu ayah yang tanggung... SPM tak lepas lagi... Tengok cerita Spongebob lagi... Sifir tak habis hafal lagi... Akhlak belum baik lagi... Aduh, penyedaran diri ni memang terasa tau. Sedar yang kita ni masih belajar, masih lagi berjihad di jalan Allah. Ibu ayah hantar pergi sekolah untuk melihat kita berjaya bukannya berchenta.
    Apabila kita sedar siapa kita ini, automatik kita akan menolak untuk melakukan perkara sia-sia. Ya, perkara sia-sia. Kita sendiri sudah tahu sebenarnya... tapi sebab kita ni degil, nak juga buat perkara yang tak betul. Tak apa, lepas ni.. kita sama-sama berubah jadi manusia yang lebih baik :) Untuk siapa...? Untuk Tuhan :)
  5. SAYANGKAN TUHAN LEBIH DARIPADA SEGALANYA
    You will far away from jahiliah for sure, ehem I mean FOR SURE. Perkara ini bukan helah, cerita dongeng pun jauh sekali, masuk gaung sungguh. Macam mana nak percaya dengan kata2 Najla ni? Jawapannya, kena rasainya sendiri. Sekurang-kurangnya, seumur hidup kita... Kita akan rasa kemanisannya apabila kita sayangkan Tuhan.

    Apabila kita mencintai Tuhan, kita dapat segala-galanya. Kita dapat ketenangan, dapat dekat dengan Dia, yang paling indah sekali ialah apabila kita dapat kasih sayang-Nya. Tak rugi, sangat. Rasa bahagia sangat, rasa macam terawang-awang di langit biru. Gituhh. Contohnya, berzikir dan berselawat.

    Dengan automatik, kita mampu menjauhi perasaan suka dan sayang pada orang lain. Lagi-lagi pada mereka yang tak pernah nak hargai dan pandang kita ni... macam buang masa, kan? Lebih baik kita bagi kasih sayang kita pada Tuhan, yang sayang sangat-sangat pada kita... iaitu hambaNya yang hina ini. Sehina-hina kita ni, Tuhan sayang lagi tau. Tuhan bagi semua pada kita, masih tak bersyukurkah kita? Malu pula... sebab sibuk mengejar cinta manusia yang tak akan kekal tu pun.

    So, kalau kita dah jadikan Tuhan sebagai kekasih hati jantung pengarang kita, Choi Minho pikat bagi bunga pun mungkin hati kita tak akan terusik. Kerana apa? Kerana kita dah berjaya letakkan Tuhan dalam hati, sampai mati. Kita takkan rasa lonely! Tuhan kan ada? apa nak takut.
  6. CARI BIAS/ IDOLA 
    Uhuuuuuu well cara ini adalah cara yang paling aku suka. Agak berkesan sebenarnya.

    First, sebab aku minat Hangul, jadi aku pun... mestilah minat Kpop Idol yang cantik-cantik, yang handsome-handsome, yang mancung-mancung lagi yang putih polos mulus suci mukanya! Yes, kenapa? Ada masalah ke hakak abang2 sekalian?

    "Mereka buat surgery, buat apa hang nak pi terkejaq-kejaq, tergedik-gedik dengan depa?"

    "Amboi, main kasar nampak?" Balas aku yang sedang mengepal penumbuk sambil buat mata kelip-kelip.

    Rileklah, jangan fade up. Aku tahu sangat. Ramai sahaja yang tak puas hati dengan peminat Korea sejati macam kitorang ni...kenapa ya, jealous ke? (hihihihihi) Taulah korang minat Aaron Aziz, Zayn Malik... tetapi aku minat Jung Kook! Tak boleh ke?

    Aku ada banyak asbab tersendiri kenapa aku minat sangat dengan Kpop. Tapi tak terlalu obses. Cuma suka, dan aku teramatlah suka! Tetapi... ada satu alasan yang aku riang hati untuk berkongsi.
AKU MINAT KPOP PUN SUPAYA AKU TAK TERLALU MUDAH PATAH DALAM PERMAINAN HATI. 
  • Haa, ambil kau, ayatnya. :')

    Supaya aku tak senang-senang nak bagi hati ni pada manusia yang nak main campak2 hati ikut suka hati dia.

    Aku cuba jadikan Kpop ni ada perkara kebaikan. Yes, pada pendapat orang lain... Majoritinya berpendapat bahawa Kpop adalah sesuatu yang didefinisikan sebagai perkara yang tidak baik. Ya, betul. Aku juga bersetuju pada sesetengahnya. Tetapi, aku pasti Tuhan jadikan Hallyu Wave ini ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Kebaikannya, mungkin sedikit tapi kita layak ambil sebab Tuhan memang sukakan perkara kebaikan. Antaranya, lagu-lagu mereka yang menaikkan semangat kita untuk menjalani kehidupan. Mungkin kita rasa macam hidup kosong. Tak ada kawan. Yes betul memanglah penawar sebenarnya kembali kepada Allah. Baca Al-Quran, berzikir, solat cukup sepenuhnya dan lain-lain. Tapi, korang rasa... kalau manusia yang degil macam kita ni, cepat ke terus nak taubat macam tu sahaja? HAHA. Susah sangat wei. Tuhan pun kenal dengan perangai kita yang sentiasa buat2 tak tahu nak cari Dia.

    Then, sebab itulah Tuhan ciptakan macam-macam perkara lain yang mampu menenangkan hati kita. Contohnya, buku & lagu. Dua perkara inilah kebanyakannya BERJAYA menenangkan hati kita kembali. Siapa yang tenangkan? Mestilah Tuhan.

    Tuhan bagi ilham kepada penulis lirik untuk menulis lagu yang indah & bermakna. yang menaikkan semangat, yang membuatkan kita rasa kita sekurang-kurangnya, ada harapan lagi dalam hidup ni. For instance, dengar lagu Kpop. Lepas itu tengok makna lagu tu. & tak sangka lagu tu rupa-rupanya mengalirkan rasa sesuatu yang selama ini kita cari. Dari hati ke hati gituh. Percayalah. Dari situ, akan lahirnya rasa bersyukur pada Tuhan sebab temukan aku dengan lagu ni and rasa diri ni hidup kembali. So, sikit-sikit, Tuhan jumpakan balik kita pada Dia. Senang cerita, kan?

     Okey rilek, jangan marah, jangan salah faham. Kalau korang rasa marah sebab aku bagi jawapan seperti ini, aku tidak kisah. Inilah kefahaman yang Tuhan sampaikan kepada aku. Aku cuma mahu bersangka baik pada sesuatu perkara. Sebab Tuhan letakkan setiap perkara seperti itu atau ini.... adalah berhikmah semuanya. Aku cakap, aku mahu jadikan Kpop sebagai perkara yang baik. Dan ini adalah salah satunya :) So let's continue with our main topic right now.

    Bila aku minat Idol kpop, aku akan terus alihkan perhatian pada idol tersebut. Aku akan minat idol tu sampai satu tahap aku dah tak mampu nak minat dia lagi ahhahahah. Cara ni mampu bantu aku elak daripada menjadi gatal dan tergedik-gedik dengan lelaki. Kita boleh tampal gambar Exo dalam bilik, dan sekurang2nya kita tak ada rasa gedik nak simpan gambar crush. Contohnya, aku minat Jin Bangtan Boys. Hehe actually aku minat dia sebab dalam music video DOPE, dia jadi doktor. Aku pula suka tengok doktor pakai kot sebab nampak smart jadi aku pun minatlah Jin sejak dari itu. =) Tapi aku minat dia setakat situ sahajalah sebab dia jadi doktor dalam mv tu je. Kalau setiap hari dia jadi doktor, maka aku pun akan minat dia hari2. hahahha.

    Apabila aku dah tergila-gilakan Jin ni, jadi lelaki lain pun aku dah tak pandang lagi. Kiranya kalau ada lelaki sehensem Choi Minho pun kita dah tak pandang, tak perasan dah. Kalau ada budak nak tackle kita kat pasar raya Kumasan pun Insya-Allah hati kita takkan rapuh hanya semata-mata dia belanja kita bubblegum 20 sen satu.

    So, aku gunakan cara ini sebagai perlindungan diri aku sendiri daripada menjadi terlalu suka pada seseorang. Tapi, minat artis pun ada batasan dan garis merah juga. Kena pandai jaga dan kawal diri. Lagipun aku pilih cara ni sbb idol2 duduk kat Korea, susah untuk aku bersemuka dengan diorang. Jadi, tak adalah aku rindu nak tengok muka diorang xD Kalau kita minat lelaki yang dekat dengan sekeliling kita, yang boleh saja kita terjumpa dengan dia hari-hari... macam mana nak elak? Nak masuk dalam lubang golf?

    So, in conclusion, aku jadikan yang aku suka sangat dengan idol kpop sampai aku tak mau langsung pandang yang dekat dengan aku.  Pelajaran pun tak terganggu. Idol kpop tak adalah sampai kita teringat-ingat mereka macam apa sebab kita pun sendirik mau sedar, manalah boleh kita dapat diorang xD BERANGAN sampai ke awanganlah jawabnya.
Huhu, so that's all. I know it's funny. Yalah, aku pun student lagi. Just sharing what's in my mind. Fikiran pun turut kebudak-budakan lagi. Harapnya korang dapat terima dengan seadanya. Kerna apa yang aku tulis ini, bukan aku. Tuhan yang bagi idea kat aku.

Hehehehhe yeahhhhh so semoga lepas ni sama-samalah kita belajar bersungguh-sungguh. Bukannya main2 cinta. Itu lama lagi, bukan yang utama. Bacalah lebih banyak buku2 yang mampu membuka hati kita seperti #Henshin, Bedtimes Stories Sentap ataupun Dari Hati Untuk Hati ke dan lain2. Ohyaaa jangan lupa bacalah novel yang penuh dengan nilai murni serta pengajaran dan yang sesuai mengikut peringkat umur. Bacalah novel-novel penulisan Ain Maisarah yang mampu memantapkan bahasa kita. Jangan lupa baca Siri Misi 10A ke Misi 4 Flat ke... tau! Baca novel cinta boleh, tapi jangan selalu. Sekali setahun dah laaa :( Tu yang kita jadi gatal sangat nak kahwin. Hahhaha.

Bye, Assalamualaikum :D

INGAT... 
Walaupun 
Kim 
Woo
Bin
 yang 
   mengurat
    kita...
#Wallpapers  #Emoji  #Princes  

Comments

  1. kalau Najla masih rindukan Fawa, Fawa dah tak tulis blog dah, tapi boleh check farah punya tumblr; http://frhwrdn.tumblr.com/

    and cuma nak cakap yang, farah rindu Najla! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fawaaaaaaaaaaaaaa, mana tumblr awak? :( Kita rindu jugaaaaaa

      Delete
  2. Inilah entri yang aku carik! ��

    ReplyDelete

Post a Comment

لسّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sila komen dengan baik kerana Allah sayang orang yang baik :)