Majlis Aqiqah Muhammad Adam Ziyad

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
 Assalamualaikum.
*when you smile awkwardly to ur friends after hiding yourself for ages* 

Rasa pelik pula bila dah lama tak update apa-apa. Nak kata sibuk, taklah sibuk sangat. Alaa baru setakat student sekolah apalah yang nak busy sangat kan? lol, ok. 

Mihmihmih so masa ini sahajalah ada time yang boleh diluangkan untuk membebel lagi di sini. Aduh padahal ini adalah cerita lama yang sebenarnya tak lah berzaman sangat, terkubur sementara tapi tiadalah terus terkabur dari perdu hati ini, berhabuk dalam kotak ingatan namun tak la pulak bersarang. eii apakah yang aku merepek ini, namun cerita ini semestinya akan sentiasa dilindungi dan disusun rapi setiap satu-persatu memori manisnya; dan ditangkap ulit senyum-senyum pada saat itu yang mengukir kenangan terindah. :)

So yess, apa yang indahnya? 

Sesuatu yang paling bahagia apabila keluarga kami dikurnia seorang lagi khalifah Allah.
Rasa bersyukur sangat, kan Kak Ila? Everyone would be happy and bless to hear that now you have your little cutie pie sweetheart but EVERY MOTHER would feel it MORE THAN THAT. And you, as a mother, maybe have been crying gratefully for this blessing to Allah.

Alhamdulillah, Kakak sepupu Najla telah pun mendapat cahaya mata yang amat comel dan handsome, namun agak hyper HAHHAHAHAH sebijik macam mak cik2 dan pak cik2 dia HAHHAHAHAHA 

So tahun lepas, waktu cuti sekolah, telah diadakan Majlis Aqiqah Muhammad Adam Ziyad di kampung yang dirindui.
We had a great time met each other since we barely can stay together. There were some members could not go, but still, it was enough and perfect.

So yeah, tahlil started first. Lepas dah selesai semua, barulah sesi menjamu selera. Menunya? Yeahhh of courselah kambinggggggggggggggggg hohohohohohohoho namun aku tak reti nak makan. Mereka yang minat makan kambing sahajalah yang menikmati hidangan yang disediakan dengan penuh gembira. MAAFLAH YA GAMBAR MAKANAN TIADA MUNGKIN KERANA KELAPARAN TAHAP KEBULUR YANG KRITIKAL. so... yeah.

uiii Ziyad. Rileks, k rileks. kan kitorang dah ambil gmbr Ziyad ni~~


YUHUUU guys look at this mini photobooth. 100% dihias sendiri oleh Mamanya Ziyad, Cik Tasya and Cik Nana. Segala kertas macam kipas tu dengan butterflies tu mereka buat sendiri. Manakala bear tu pun sendiri punya. Belon sahaja yang dibeli. Lawa ke tak? Senang je, lain kali buat sendiri, walaupun langsir putih suci kat belakang tu memang jenuh sangatlah nak dipasang, tapi tengoklahhh hasilnyaaaa, cantik sangat! 
Sumbangan paling besar dalam menghias photobooth tu actually adalah langsir. Kalau guna kain yang cantik dan flowy2 gitu memang mampu menutup segala kehodohan hohoho serta cacat-cela dinding-dinding rumah kita. Jadi tak perlulah tampal pattern wall yang mahal mahal okay. Kecualilah kalau itu termasuk dalam syarat meminang. 

Ini adalah contoh untuk berjimat sekiranya korang ada event. Buat simple sahaja pun nampaklah cantik juga. Lagipun tak rugi sebab if we do it by ourself, we can feel it. Banyak tutorial kat google mengenai design guna kertas and barang yang dah ada kat rumah. Even though kau jangan tak percaya yang polaroid photos pun boleh buat sendiri. Pergilah http://www.picmonkey.com sebab disitulah aku buat polaroid bts. Kenapa aku buat polaroid bts? Jangan tanya. Official photocard always expensive wuwuwuuw *nangis*

 Cuma kena ada printer yang berdakwatlah yeee jangan jadi macam aku kat rumah habis aku guna dakwat printer hahah. 

So it means semakin kreatif korang, semakin cantik dan berseri-serilah pelamin korang. hohoho



Cik Jay yang obses dengan belon main baling baling. 
Cubalah contohi Cik Nana yang senyum manis je tu.

The Cool Aunties and Uncle and there ada Grandma jugak hehehehe Sejak Ziyad lahir, pak cik mak cik Najla semua dah ada pangkat grandpa and grandma while kitorang yang excited baru jadi aunties ni sibuk nak ada cool nickname. 

Dari kiri atas : Cik Tasya yang sedang main cak-cak kot, Pak Cik Izzu yang tengah buat muka terkejut, Cik Liyana yang sedang peace peacefully
Dari kiri tengah : Cik Nana yang yess senyum semanis madu lagi, Cik Wani yang meniru gaya Cik Liyana, oh yea disitu terdapat Cik Jay yang sedang kelaparan mungkin belum makan eh dah makan ke belum ntahlah dan seterusnya Cik Fifi yang perasan cantik okbye.

Dari kiri bawah : Cik Tiyah yang dah kena penyakit belon tompok-tompok haha apakah, Cik Pikah yang tersipu malu serta Cik Wana berbaju oren yang sedang bahagia tanpa mengetahui bahawa ada monster kelaparan dibelakangnya.

We are cool, as always. Am I wrong?
Ziyad patut bersyukur yang aunties and uncles cukup cantik and handsome bhahahhahaha statement apakah ini...ini namanya perah santan sorang-sorang kat belakang rumah! 
 Dah besar nnti, Ziyad nk tapau aiskrim tak de masalah. Silalah tapau dengan Cik Tiyah, Cik Izzu dengan Cik Tasya yeeeee kerana cik-cik yang lain sedang struggle ldalam pelajaran lagi xD

Cik Tasya dengan Cik Tiyah ni curik Zayad pula. Taulah Zayad baik.
Kecik hati Ziyad tau... kata Ziyad. lol
Bolehlah   ... huhuhhuhuhuh


 Ziyad mmg tak boleh duduk diam. Ada je benda yang dia nk buat sejak dah boleh merangkak ni. Kalau dah boleh berjalan, ehemmm Kak Ila... apakah hipotesis awal anda?


Bosan Ziyad bila kitorang asyik tangkap gmbr je. Ni Ziyad yg aqiqah ke kitorang? Belon polkadot tu lagi best dripada ambil gambar ke wahai jiyaddddd


Semoga Kak Ila dan Abang Zul bahagia di dunia dan akhirat disamping Adam Ziyad yang selepas ini akan sentiasa menceriakan dan menyinari suasana. Semoga kalian mencintai Tuhan lebih daripada segalanya, dilindungi serta mendapat rahmat-Nya. 

Ziyad, semoga jadi anak yang baik, taat ibu bapa, bijak cerdik pandai arif cekal dan yang handsome macho mancung lebih daripada handsomenya BTS hohohhoohohho Eii Cik Jay betul2 mendoakan ini. Sebenarnya, Ziyad lagi handsome daripada BTS tau. 

Maaflah Cik Jay tak reti nak main dengan Ziyad. Takut Ziyad nangis sebab Cik Jay ni ganas sangat huhuhuhuhuhuhu

Bye~ Assalamualaikum :)

Lots of love,
                                                                                                                                      

Comments