"Aku takut sakit lagi."
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Wahai Kawan
Aku sudah terlalu penat
Tubuh kurusku telah lelah
Tangan yang kau pegang janji ini
hanya kelihatan rangka putih
Kaki daki aku yang hitam
Hampir lumpuh dek kedegilan diri ini untuk berdiri
Rambut panjang yang selalu kau pura-pura belai ini
Akhirnya kusut dan dibiar melilit, membunuh setiap inci
Supaya suatu hari nanti jika kau pulang
Akan ku pastikan kau menyikat lagi rambut serabai yang menyeksa ini
Mahuku kau membuat aku tertawa lagi
Inginku melihat matahari yang menerangi hari
Daripada kegelapan pekat sepi sunyi yang kau lakukan tadi
Teman
aku tahu kau sudah mencarik-carik ganas hati ini dengan kuku panjang bisamu
aku mengerti yang kau menghancur senyumku dengan permainan racun itu
Kau telah menikam kejam dengan tajam jiwa aku
Jujurnya ia perit
Sangat pahit
Dan aku sakit
Tetapi
Aku tak benci
Kerana,
Sepenuhnya kasih sayang itu sudah aku selami
Aku beri.
Tolonglah wahai sayang
Selepas ini,
Jangan datang dekat sini.

dear.. u korean drama addict ke... hihi,, akak pun sama .. :))
ReplyDelete