بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Wahai Kawan Aku sudah terlalu penat Tubuh kurusku telah lelah Tangan yang kau pegang janji ini hanya kelihatan rangka putih Kaki daki aku yang hitam Hampir lumpuh dek kedegilan diri ini untuk berdiri Rambut panjang yang selalu kau pura-pura belai ini Akhirnya kusut dan dibiar melilit, membunuh setiap inci Supaya suatu hari nanti jika kau pulang Akan ku pastikan kau menyikat lagi rambut serabai yang menyeksa ini Mahuku kau membuat aku tertawa lagi Inginku melihat matahari yang menerangi hari Daripada kegelapan pekat sepi sunyi yang kau lakukan tadi Teman aku tahu kau sudah mencarik-carik ganas hati ini dengan kuku panjang bisamu aku mengerti yang kau menghancur senyumku dengan permainan racun itu Kau telah menikam kejam dengan tajam jiwa aku Jujurnya ia perit Sangat pahit Dan aku sakit Tetapi Aku tak benci Kerana, Sepenuhnya kasih sayang itu sudah aku selami Aku beri. Tolonglah wahai sayang Selepas in...
Comments
Post a Comment
لسّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Drop your comments here, anything, In shaa Allah.